Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

5 Bulan Dalam Jel,...

BERITA pelakon terkenal, Tony Eusoff dijatuhkan hukuman penjara di Singapura atas kesalahannya memiliki...

Aksi Persahabatan Malaysia Bertemu...

KUALA LUMPUR - Perlawanan persahabatan antara skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan dengan...

Berwaspada Dengan Pembangkang, Ahli...

KOTA MARUDU - "Berwaspada dengan pembangkang," itulah nasihat Timbalan Presiden Eksekutif Parti Bersatu...

Penampilan Paling Cemerlang Pada...

JAKARTA – Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri menyifatkan kejayaannya meraih satu perak...

Universiti Malaya Tak Naikkan Yuran Pengajian

SYUKUR… Mahasiswa di Universiti Malaya (UM) boleh menarik nafas lega apabila memberikan jaminan tidak akan menaikkan yuran pengajian walaupun berdepan pemotongan bajet.

Naib Canselor UM, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Amin Jalaludin, dalam satu temu bual berkata yuran pengajian hanya menyumbang peratusan kecil untuk bajet operasi UM.

“Tidak ada keuntungan besar yang boleh diperolehi daripada kenaikan yuran,” katanya.

Kerajaan komited untuk memastikan yuran pengajian mampu dibayar dapat diteruskan, menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.

Bagi kursus-kursus tertentu di UM, lebih 80 peratus dari yuran pengajian disubsidikan oleh pihak kerajaan.

Surat tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam ijazah Sarjana Muda bidang perakaunan, bertarikh Ogos 2016, menunjukkan bahawa yuran pengajian semester pertama adalah RM4,774.50 tetapi pelajar hanya perlu bayar RM810.

Seorang pelajar pasca siswazah UM, yang hanya mahu dikenali sebagai Jeron, 22, berkata, kursus ijazah sarjana muda di sebuah universiti swasta di Lembah Klang memerlukan kos kira-kira RM15,000 setiap semester.


Tetapi ijazah sarjana dalam pengajian pembangunan di UM hanya menelan kos RM13,000 untuk keseluruhan kursus.

Sunday Star sebelum ini melaporkan bahawa pembiayaan kerajaan untuk UM telah dipotong dari RM174 juta pada 2016 kepada RM93 juta tahun ini.

UM kemudian bertindak balas, menyatakan bahawa ia mempunyai rancangan sendiri untuk menjana lebih RM700 juta melalui inisiatif dalaman, pelaburan dan perkongsian dengan sektor korporat. – mStar Online

Kategori