Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Juara Dunia Williams Semakin...

JOHOR BAHRU - Pelayar Britain, Ian Williams daripada pasukan GAC Pindar semakin hampir...

Laporan Penuh Dividen LTAT...

KUALA LUMPUR - Laporan kewangan penuh berhubung dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)...

Kuyik Makan Banyak Sehari...

IBU kepada Muhammad Zulhazriq Danish Alden, 5, mengakui berasa susah untuk menerima kematian anak...

Aliff Syukri Dikunjungi JKM...

PETALING JAYA - Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan telah dikunjungi Jabatan...

UNISZA Sedia Bilik Pelajar Luar Kampus Yang Terjejas Akibat Banjir

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil inisiatif membuka penempatan sementara buat pelajar UniSZA luar kampus, berikutan kediaman mereka terjejas akibat banjir sejak pagi tadi.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniSZA, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh berkata penempatan sementara yang terletak di kolej Kediaman Kampus Gong Badak (KGB) itu boleh memuatkan 184 pelajar iaitu 104 untuk pelajar wanita dan 80 pelajar lelaki.

“Setakat 1.40 tengah hari tadi, seramai 28 pelajar wanita berpindah ke Kolej Kediaman KGB kerana rumah sewa mereka di sekitar kawasan Gong Badak terjejas akibat banjir.

“Sehubungan itu, pelajar luar kampus yang terjejas dengan banjir diminta menghubungi segera Bilik Gerakan Banjir, Jabatan Keselamatan UniSZA dengan menelefon 09-6687950 (Kampus Gong Badak) dan 012-5600155 (Kampus Besut) yang beroperasi 24 jam untuk bantuan penempatan sementara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BERNAMA

Kategori