Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Jadi Suara...

KUALA TERENGGANU - Umat Islam yang merupakan golongan majoriti di negara ini menjadi...

Kekosongan Jawatan Guru SJKC...

PUTRAJAYA - Mulai 1 Jan depan, kesemua 1,642 kekosongan jawatan guru di Sekolah...

Lelaki Habiskan Masa 2...

Gara-gara terlupa, seorang lelaki terpaksa menghabiskan masa selama dua minggu untuk mencari keretanya...

Cabaran Berbasikal Pulau Indah...

PELABUHAN KLANG - Acara lumba basikal Cabaran Pulau Indah 180 Malaysia 2018 anjuran...

Undur Selepas 22 Tahun, Wenger Enggan Ikut Mahathir

UMURNYA baru 68 tahun dan secara relatif dianggap masih muda dalam industri bola sepak global, namun pengumuman Arsène Wenger mahu meletak jawatan pada hujung musim ini nyata gempar.

Berita ini jadi bualan panas peminat sukan itu bukan sahaja di England, malah seluruh dunia apabila beliau sekali lagi mengesahkan bakal berundur sebagai pengurus kelab Arsenal yang sudah dikendalikannya selama 22 tahun.

“Selepas membuat pertimbangan teliti dan perbincangan dengan pengurusan kelab, saya fikir penghujung musim ini adalah waktu yang sesuai untuk saya berundur,” kata beliau menerusi laman web rasmi skuad The Gunners itu.

Menurutnya yang berasal dari Perancis bahkan pernah menjadi pemain dan pengurus di negara jiran itu, sepanjang tempoh mengendalikan Arsenal, beliau gembira menjalankan tugasnya dengan penuh komitmen serta integriti.

“Saya bangga kerana diberi peluang berkhidmat selama bertahun-tahun sejak 1996. Saya ucap terima kasih kepada semua kakitangan, pemain, pengarah kelab dan peminat yang menjadikan Arsenal begitu istimewa,” kata Wenger.

Ternyata beliau enggan ikut jejak tokoh pembangkang terkenal Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menerajui negara selama 22 tahun tetapi buat pusingan U mahu menjadi perdana menteri dalam usia 93 tahun.

Walhal seluruh dunia maklum ketika pengerusi pakatan pembangkang tidak diiktiraf Jabatan Pendaftar Pertubuhan itu berundur pada 2003, Mahathir bertegas tidak mahu aktif dalam politik dan mahu tumpu kepada keluarganya.

Ironi, Mahathir langgar ikrarnya sendiri padahal semasa buat kejutan umum mahu letak jawatan pada Perhimpunan Agung UMNO 2002, beliau mendakwa menurut pesanan ibu bapanya yang berlandaskan sunnah Rasulullah SAW.

Baca: Beza Antara Ratu Elizabeth II, Mugabe, Mahathir…

Ini termasuk amalan jagaan kesihatan Nabi Muhammad SAW hanya makan apabila rasa lapar dan berhenti sebelum perut kenyang. Malangnya Mahathir kini memungkiri janjinya itu konon atas dalih mahu selamatkan imej Malaysia!


Ini jauh berbeza dengan Wenger yang langsung tidak perlu menangis teresak-esak macam Mahathir malah bersikap profesional istiqamah dan muktamad bersara selepas berjaya mengharungi 1,228 perlawanan dalam pelbagai liga.

Sepanjang tempoh dua dekad itu, beliau meraih beberapa kejayaan penting termasuk mengemudi kelab elit tersebut menamatkan musim 2004 tanpa mengalami sebarang kekalahan dalam persaingan Liga Perdana England (EPL).

Wenger turut membawa The Gunners melangkah perlawanan akhir Liga Juara Eropah buat pertama kali pada 2006. Namun tuah tidak berpihak apabila terpaksa akur kelebihan lawan, Barcelona dari Sepanyol yang menang 2-1.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini sentuhannya dilihat kurang menjadi dan kelab itu tidak julang sebarang piala. Situasi itu mencetuskan rasa gelisah peminat, dan sesetengahnya menggerakkan kempen supaya beliau diganti.

“Kepada semua pencinta Arsenal, jagalah nilai-nilai tinggi kelab ini. Kasih sayang dan sokongan saya untuk Arsenal adalah abadi,” kata Wenger sambil berharap peminat akan terus menyokong The Gunners yang wujud sejak 1886.

Dengan rekod beliau pernah capai tiga kali gelaran Liga Perdana, tujuh Piala FA dan tujuh Piala Sumbangsih, hanya ucapan terima kasih untuk segalanya buat Wenger. Au revoir, Le Professeur. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori