Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Guna Khidmat Radio Amatur...

HULU TERENGGANU - Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan menggunakan khidmat radio amatur...

Harga Istimewa 5 Hari...

KUALA LUMPUR - Ingin ke Taiwan pada harga yang amat munasabah tahun depan?Ayuh,...

Remaja Maut Motosikal Terlibat...

BUKIT MERTAJAM - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan...

Polis Jumpa Mayat Reput...

IPOH : Polis menemukan satu mayat reput ketika menjalankan siasatan terhadap kemalangan kereta...

Mat Sabu Bakal Perkenalkan Tentera Pintar

KUALA LUMPUR – Kertas Putih Pertahanan Negara akan mewujudkan tentera pintar dalam pertahanan moden yang menjadikan setiap anggota mampu mengendalikan teknologi canggih.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata perkara itu antara draf awal yang diluluskan pada Mesyuarat Keselamatan Negara, minggu lalu.

Beliau menjelaskan sesi terakhir dialog Kertas Putih Pertahanan Negara hari ini dan jika ada usul baharu, ia akan dirumuskan untuk kelulusan sebelum dibentangkan di Parlimen, yang dijualkan pada 2 Disember depan.

“Hari ini sesi terakhir dialog dan selepas ini kita akan mula menyiapkannya untuk dibentangkan di Parlimen.

“Draf awal sudah diluluskan dan kalau ada tambahan perkara baharu… mungkin tidak banyak. Mungkin ada idea hari ini, kalau ada idea baharu dari veteran tentera, mungkin akan dibuat,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Perwira Dialog Masyarakat Sivil dan Veteran di sini hari ini.


Kertas Putih Pertahanan Negara yang pertama kali dibuat di Malaysia, mengambil contoh beberapa negara antaranya Brunei, Australia, Jerman dan New Zealand.

Kertas putih itu akan dijadikan panduan untuk Kementerian Pertahanan dalam rancangan 10 tahun.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, negara memerlukan pertahanan moden dan anggota tentera yang mampu mengendalikan peralatan moden.

“(Contohnya) Jumlah askar Australia tidak ramai tetapi mereka menggunakan peralatan moden. Ini yang akan kita memperkenalkan pada masa akan datang (iaitu) berbentuk tentera pintar,” katanya. – BH Online

Kategori