Umum Buka Sesi Persekolahan Dibuat Dua Minggu Awal

KUALA LUMPUR – Sesi persekolahan hanya akan dibuka selepas Kementerian Pendidikan (KPM) yakin keadaan kembali pulih dengan pengumumannya akan dibuat dua minggu lebih awal.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata aspek keselamatan, kebersihan, dan pengawalan penularan jangkitan termasuk amalan penjarakan sosial akan diberi keutamaan apabila sesi persekolahan dibuka.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Bagaimanapun katanya, pembukaan sekolah ketika ini hanya membabitkan kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa setara.

“KPM sudah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mesti dirujuk pihak sekolah dan ibu bapa.

“Ia bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan lancar serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlaku dalam keadaan selamat,” katanya pada sidang media di Putrajaya dekat sini, hari ini. – BH Online

Loading...