Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ashraf Sinclair Pelawa Produser...

PETALING JAYA - Pelakon Ashraf Sinclair menyatakan perasaan rindu terhadap bidang lakonan yang...

“Saya Hanya Menyuarakan Pandangan”...

KUALA LUMPUR - "Saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan...

Pemimpin PAS Dakwa UMNO...

KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin Dewan Ulama PAS hari ini mendakwa UMNO 'rakus'...

76 Premis Keagamaan Gagal...

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati 76 daripada 230...

UMNO Undang PAS Hadir Perhimpunan Agung

SHAH ALAM – Kerjasama politik antara PAS dan UMNO dilihat lebih erat apabila UMNO secara terbuka mengundang parti Islam itu untuk hadiri Perhimpunan Agung UMNO pada 29 dan 30 September ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memanjangkan undangan itu kepada PAS berkata UMNO juga bersedia menghantar wakilnya menghadiri muktamar PAS di Kuala Terengganu hujung minggu depan.

“Kalau dijemput (ke muktamar) kita akan hadir dan saya difahamkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga sudah memaklumkan hal sama, akan hadir (ke perhimpunan agung).

“UMNO akan jemput PAS, PAS akan jemput UMNO dan kita akan sama-sama menghadirinya,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat bersama UMNO dan PAS Selangor untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi PAS Selangor, Sallehin Mukhyi dan calon PAS PRK DUN Seri Setia, Dr Halimah Ali selain pemimpin kedua-dua parti.


Sementara itu, Ismail Sabri yang juga pengerusi UMNO Selangor berkata, mereka akan membincangkan hala tuju kedua-dua parti dalam perhimpunan agungnya hujung bulan ini.

PRK Seri Setia pada Sabtu ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas kerana kanser usus.

Ia membabitkan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar, bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Dr Halimah, bekas Exco kerajaan negeri Selangor dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Selat Klang.– BERNAMA

Kategori