UMNO Umum 5 Ahli Majlis Tertinggi Baharu

KUALA LUMPUR – UMNO mengumumkan pelantikan lima Ahli Majlis Tertinggi yang baharu berkuatkuasa serta merta.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut dipersetujui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaras dengan Fasal 9.2.8 Perlembagaan parti.

“Mereka yang dilantik ialah Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi (Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat; Datuk Johan Abd Aziz (Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat; Datuk Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin (Ketua UMNO Bahagian Bagan).

“Selain itu Datuk Yaakub Khan (Ketua UMNO Bahagian Sepanggar) dan Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii (Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh) turut dilantik.Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta sehingga tempoh Majlis Kerja Tertinggi 2018-2021,” katanya hari ini.

Kelmarin, Ahmad Zahid mengumumkan kembali menyambung tugas sebagai Presiden UMNO selepas menyerahkan tugas kepada Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini.

Loading...