Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Heret Saya Ke...

PETALING JAYA - Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibuu...

Tiga Meninggal Ketika Tunggu...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga pengundi meninggal dunia ketika menunggu giliran untuk...

Rumpai Miang Mexico Di...

SEREMBAN - Rumpai miang Mexico yang terdapat di beberapa kawasan di Negeri Sembilan...

Rooney, Pemain Teruja Mourinho...

WATFORD - Kapten Manchester United, Wayne Rooney menggambarkan pelantikan Jose Mourinho sebagai pengurus...

UMNO Tidak Ingin Pun Gabung Dengan PPBM

TEGUH… Hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk lihat pemimpin UMNO khianat dengan sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang amat lesu ketika ini, kini hanya tinggal impian kosong.

Sebelum ini, Pengerusi PPBM itu dakwa konon ada spekulasi yang ditularkan ‘orang kuatnya’ seolah-olah UMNO sudah nyawa ikan apabila ramai ahli parlimen dan ketua bahagian parti tersebut akan keluar secara berjemaah.

Hakikatnya diayah itu gagal sekali gus imej PPBM sebagai serpihan UMNO yang kurang ahli sehingga mesyuarat bahagian berlangsung hambar dengan kerusi lebih banyak kosong, akan terus memalukan parti logo bunga tersebut.

Sebaliknya, portal tempatan AgendaDaily melaporkan suasana ceria dengan kehadiran penuh semua anggota dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang diadakan di ibu pejabat parti di PWTC semalam ternyata masih konsisten.

Tiada gambaran UMNO berada dalam keadaan kelam kabut. Semua ahli badan tertinggi parti itu termasuk Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan nampak kekal bersemangat.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat MT, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu antara lain mematikan ‘cakap politik kedai kopi’ kononnya ramai lagi wakil UMNO menunggu hendak lompat parti dengan menjadi ahli PPBM.

Kata Ahmad Zahid, beliau yakin semua Ahli Parlimen UMNO yang kini tinggal 48 orang akan kekal dalam parti dan tidak ikut jejak Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamad menyertai PPBM atau keluar sebagai wakil bebas.

“Aset utama kita adalah ahli-ahli Parlimen dan kita harus memperkukuhkan perpaduan di kalangan kita. Kita yakin keseluruhan 48 ahli-ahli Parlimen tetap bersama-sama dengan kita dan sebarang keputusan dibuat secara bersama.

“Mereka tidak mahu tinggalkan UMNO dan mahu terus bersama sebagai ahli Parlimen UMNO,” tegasnya yang turut sentuh soal itu ketika ditanya respon ahli terhadap kepimpinannya semasa siri jelajah ke beberapa negeri setakat ini.

Ahmad Zahid memberitahu media bahawa hasil siri jelajah itu jelas majoriti ahli UMNO mahukan parti itu kembali kukuh di sebalik spekulasi liar konon ia semakin lemah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

“Rakan-rakan saya… Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan serta sayap-sayap melihat sendiri di bawah mahu UMNO terus kuat, perkukuh diri sebagai sebahagian gagasan pembangkang.

“Tidak perlu untuk kita mengetuk pintu atau pintu kita diketuk bagi mengadakan sebarang bentuk perbincangan dan sebagainya. Kita harus bergerak sebagai sebuah parti yang kuat dan kita harus bersama-sama,” katanya.


Pada sidang akhbar itu, Ahmad Zahid juga menjelaskan berhubung kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ada meminta beliau bercuti hingga kes mahkamah selesai namun ia cuma satu cadangan untuk dipertimbangkan.

Malah katanya, perkara itu tidak dibangkitkan oleh mana-mana ahli MT termasuk daripada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sendiri yang sebelum ini dilaporkan media telah membuat gesaan tersebut.

“Tiada perbincangan.. ada pandangan (dan) kita rai pandangan. Tetapi tiada seorangpun dari MT termasuk Pemuda yang minta saya bercuti,” katanya menegaskan UMNO harus bergerak ke hadapan dengan perkuat perjalanan parti.

Katanya, perbezaan-perbezaan pendapat yang diraikan itu perlu diletakkan titik noktah dan ahli-ahli UMNO harus bersama-sama untuk kemudian dapat menterjemahkan kepemimpinan parti di semua peringkat.

“Kita harus bersama-sama untuk menterjemahkan kepemimpinan UMNO di semua peringkat dan tetap menolak sebarang usaha-usaha untuk memecahkan parti dari luar atau dari dalam,” jelas Ahmad Zahid lagi.

Apa yang paling penting katanya, jelajah UMNO yang berjaya dilakukan bermula di Terengganu, diikuti dengan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan akan diteruskan pula ke negeri-negeri lain.

“Ini adalah bagi beri penjelasan mengenai hala tuju UMNO dan bagaimana kita bergerak sebagai sebuah gagasan pembangkang yang efektif dan konstruktif bersama-sama dengan rakan-rakan parti pembangkang yang lain.”

Mengenai kes Tan Sri Musa Aman, MT ujarnya, sokong keputusan bekas Ketua Menteri Sabah itu untuk mohon rayuan terhadap keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu kelmarin berkenaan kedudukannya.

“Kita harap kepimpinan dan ahli UMNO Sabah akan kekal di dalam pasukan UMNO yang kuat dan kita terus sokong sebarang tindakan perundangan serta tindakan politik oleh UMNO Sabah,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori