Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Operator Feri Ke Langkawi...

ALOR SETAR - Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji permintaan syarikat penyedia perkhidmatan feri yang...

Proses Penggalian Semula Kubur...

PETALING JAYA - Jenazah Allahyarham bekas CEO Cradle Fund Nazrin Hassan telah dibawa...

Akui Kesilapan Besar, Zuckerberg...

WASHINGTON - Ketua Eksekutif Facebook Inc., Mark Zuckerberg, memohon maaf kepada Kongres dan...

Remaja Takut Tua Sanggup...

CALIFORNIA– Remaja ini, Chanel baru berusia 19 tahun namun ketakutan utamanya adalah menjadi...

UMNO Terima Duit Haram? – Najib

DARI FB NAJIB

SAYA diberitahu propaganda JKOM hari ini untuk menyerang saya dan UMNO adalah tajuk berita dikeluarkan BERNAMA yang berbunyi “Jejak kewangan akaun Najib bukti UMNO terima wang haram – Pendakwaan”.

Biar saya jelaskan.

Ini adalah dari prosiding mahkamah untuk kes lucut hak barang-barang dan wang tunai yang dirampas dari rumah saya.

Pendakwa raya mendakwa barang-barang ini patut dilucut hak sebab ianya dibeli dengan wang 1MDB.

Ini adalah antara propaganda paling berjaya rejim PH dahulu ialah Najib curi duit 1MDB untuk simpan duit RM114 juta dalam rumah dan beli barang-barang kemas dan henbeg bernilai RM1 bilion.

Sehingga hari ini, pendakwaan masih tidak dapat membuktikan barang-barang tersebut dibeli oleh wang haram setelah 3 tahun barang dirampas.

Selepas pihak kerajaan kalah banyak kes-kes lucut hak berkait saya selama 2 tahun, pendakwa raya tiba-tiba cuba failkan satu afidavit secara senyap dan tanpa izin mahkamah untuk mendakwa ada aliran duit yang mengalir kepada saya untuk membeli barang-barang tersebut ataupun ianya dari akaun rahsia UMNO.

(Perlu ingat bahawa ini adalah afidavit iaitu ianya sekadar SD hasil dari kepercayaan seseorang dan bukanlah bukti kukuh)

Namun hakim menolak afidavit pendakwa raya sebab kita sebagai pihak defenden sudah lama memfailkan afidavit-afidavit kita dan ianya tidak logik bahawa selepas 3 tahun merampas barang-barang kita, barulah mereka pada minit terakhir cuba failkan afidavit “bukti” aliran tunai dari 1MDB ataupun dari akaun rahsia UMNO?

Sebab afidavit dan bukti telah ditolak, pihak pendakwaan pun hanya mampu membuat hujah oral bagi pengakhiran kes ini bahawa:

  • Jejak kewangan akaun Najib bukti UMNO terima wang haram
  • Tiada penjelasan logik mengenai aliran wang masuk ke akaun Najib
  • DS Najib gagal jelaskan identiti pemberi sumbangan

Logik pendakwaan pengakhiran kepada hakim adalah begini:

“Saya terima wang dan bayar UMNO maka barang yang dirampas dari saya adalah hasil 1MDB. Sebab itu, barang tersebut perlu dilucut hak.”

Itu sahaja logik pendakwaan.

Tanpa mengemukakan bukti (afidavit sudah ditolak) bahawa barang itu dibeli dengan wang 1MDB atau wang haram.

Selama tempoh 2 tahun dari zaman PH hingga zaman PN ini, kerajaan asyik kalah saman lucut hak dana kononya dana haram 1MDB bila responden membantah dan melawan dalam mahkamah.

Ini bermakna sehingga kini, wang yang dibayar saya tidak dapat dibuktikan adalah dari 1MDB atau dari sumber haram.

Saya dah kata banyak kali. Segala wang yang saya terima dari Raja Arab Saudi sudahpun digunakan untuk tujuan kebajikan. Yang disebut sebagai RM2.6 bilion (sebenarnya RM2 bilion) pula telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian.


(Ini sebenarnya dibuktikan sekali lagi beberapa hari lalu dalam mahkamah apabila pendakwaan kata:

“Faten Hadni berkata, analisis dan jejakan kewangan menggunakan kaedah FIFO ke atas penyata akaun bernombor 9694 milik Najib mendapati sebanyak RM2,034,350,000 telah dipulangkan semula ke akaun Tanore.”
https://www.sinarharian.com.my/article/130520/BERITA/Semasa/UMNO-paling-banyak-terima-dana-1MDB-menerusi-Najib

Dalam kes SRC yang saya telah dijatuhkan hukuman 12 tahun juga bukan untuk kegunaan peribadi dan saya bukan dituduh rompak atau samun tapi hakim kata saya tiada hak untuk sedekahkan RM42 juta tersebut.

Malah, RM642 juta yang saya terima dari Raja Saudi dalam akaun bank atas nama saya di mana perbelanjaan adalah mengikut budi bicara penuh saya juga tidak digunakan untuk peribadi saya dan digunakan untuk pelbagai kerja CSR sama ada secara terus ataupun melalui program-program parti BN.

(Penyamun dan perompak mana yang terima duit RM642 juta tapi tak guna untuk peribadi tetapi digunakan sepenuhnya untuk rakyat?)

“9 Sep 2020: Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

“Disember 2019: Kerajaan gagal lucut hak harta UMNO Kedah dan Habib Jewels “
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/638301/kerajaan-gagal-lucut-hak-harta-umno-kedah-dan-habib-jewels

Februari 2020: Kerajaan gagal lucut hak harta UMNO, MCA, Syarikat Binsabi Sdn Bhd dan Syarikat Perano Sdn Bhd
https://www.sinarharian.com.my/article/69139/BERITA/Mahkamah/Kerajaan-gagal-lucut-hak-harta-UMNO-MCA-dua-syarikat

9 Jun 2020: Mahkamah tolak lucut hak wang Jakel dan BN Johor Bahru
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/587695/mahkamah-tolak-lucut-hak-wang-jakel-dan-bn-johor-bahru

11 Jun 2020: Kerajaan kalah kepada Yayasan Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM)
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/699026/kerajaan-gagal-lucut-hak-rm100000-dari-akaun-yayasan-pbakm

“Ogos 2020: SPRM Gagal Lucut Hak Wang Dikait 1MDB Dari SUPP”
http://www.pnbbcportal.com/2020/08/19/sprm-gagal-lucut-hak-wang-dikait-1mdb-dari-supp/

“Sept 2020: SPRM gagal lucut hak RM700,000 milik UMNO Pekan”
https://www.kosmo.com.my/2020/09/17/sprm-gagal-lucut-hak-rm700000-milik-umno-pekan/

“Feb 2021: Permohonan lucut hak RM677,872.55 milik UMNO Johor ditolak”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/permohonan-lucut-hak-rm67787255-milik-umno-johor-ditolak-284228

“1 Mac 2021: SPRM gagal lucut hak wang RM2.7 juta milik UMNO Selangor”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-gagal-lucut-hak-wang-rm27-juta-milik-umno-selangor-285423

(Kes-kes lucuthak di mana kerajaan berjaya adalah melibatkan agensi kerajaan sendiri seperti Yayasan Penyelidikan Transformasi, Yayasan GENIUS (Permata), Yayasan Tun Hussein Onn dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ataupun responden-responden lain yang malas untuk lawan dalam mahkamah sebab rasa ianya lebih murah untuk kerajaan lucut hak sahaja berbanding kos guaman).

Kategori