Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KDN Tidak Pernah Lantik...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi...

Proton Selamatkan DRB-Hicom

KUALA LUMPUR - DRB-Hicom Bhd. mencatatkan keuntungan bersih RM40.08 juta bagi suku kedua...

Rosmah Kena Penjara 10...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor dipenjara 10 tahun bagi...

Panda Kini Bukan Haiwan...

HONOLULU - Usaha pemuliharaan di China selama berdekad-dekad sudah membuahkan hasil bagi panda,...

UMNO Tangguh Mesyuarat Perwakilan Bahagian, PAU

KUALA LUMPUR – UMNO sekali lagi mengambil keputusan menangguhkan semua mesyuarat perwakilan bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, mendakwa penangguhan itu disebabkan kebimbangan penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda.

“Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat perwakilan UMNO bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan kerana wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Majlis Tertinggi UMNO bersetuju menerusi resolusi secara edaran, tarikh baru mesyuarat perwakilan bahagian ialah pada Mac atau April 2021 dan Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada Mei atau awal Jun 2021 dengan tarikhnya akan dimaklum kemudian.

Katanya, fasal 8.2 Perlembagaan UMNO menetapkan syarat PAU mesti diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh PAU lalu. 

“Fasal 8.2 Perlembagaan ini dibaca bersama Perkara 5.4 Peraturan Persidangan yang berbunyi ‘Tarikh Perhimpunan Agung, tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan tempoh Persidangan Cawangan adalah ditentukan oleh Majlis Tertinggi’.


“Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2019 ialah pada 6 dan 7 Disember 2019. Maka 18 bulan selepas itu ialah selewat-lewatnya pada 5 Jun 2021,” katanya.

Penangguhan ini katanya, membabitkan 764 persidangan iaitu empat mesyuarat perwakilan untuk setiap 191 UMNO Bahagian di seluruh negara. 

“Oleh kerana begitu banyak perhimpunan membabitkan puluhan ribu orang, ianya kemungkinan berupaya untuk merebakkan wabak COVID-19. 

“AJK UMNO bahagian, wanita, pemuda dan puteri di 191 bahagian disarankan mengadakan pelbagai aktiviti kebajikan prihatin rakyat dan ziarah kasih kepada yang memerlukan bantuan dalam kawasan masing-masing. Segala aktiviti mesti mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya. – BH Online

Kategori