Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

800 Basikal Disewa Kepada...

TAIPING – CyclesDios Berhad dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyediakan 800 buah basikal...

Kebanyakan Jam Tangan ‘Rolex’...

BEBERAPA jam selepas pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman, merampas...

NGO Hantar Kaunselor Bantu...

GEORGE TOWN - Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) akan menghantar pasukan...

Kali Pertama Iran Mula...

TEHERAN - Kerajaan Iran mengumumkan buat julung kali wanita sebagai duta yang pertama...

UMNO Sah Hadiri Muktamar Tahunan PAS

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akan menghadiri Muktamar Tahunan PAS Pusat di Terengganu pada 14 hingga 16 September ini sebagai sokongan moral kepada parti itu.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 500 hadirin pada Ceramah Mega Kesatuan Blok Pembangkang di PJS 8/9, di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, beliau akan ke Kuala Terengganu bersama jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO selepas menerima jemputan rasmi daripada barisan kepimpinan PAS.

“Saya sendiri dapat sokongan daripada kepimpinan tertinggi PAS. Komitmen kita bukan sekadar berpidato, tetapi menerusi gerak kerja dan keikhlasan.

InsyaAllah, kita akan bekerja keras dan ini bukan soal imbuhan.

“Ketepikan protokol. Ini adalah perjuangan. UMNO akan beri sokongan kuat pada Pas menerusi titik persefahaman yang terbentuk sebelum ini seperti tahun 1974 lalu,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hasan; jurucakap publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dan juga calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali.


Zahid turut memberi jaminan penuh untuk membantu dan bekerjasama dengan Pas jika ada PRK yang lain selepas ini.

Katanya, penyatuan berkenaan tidak seharusnya mendatangkan kebimbangan kepada parti komponen lain dan UMNO bersedia jika ada kerjasama dengan gagasan lain.

“Kita bukan nak takutkan komponen lain dan kita hormati kepelbagaian agama tetapi bagaimana dengan empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan? Hormati bangsa kami agama kami. Kerajaan boleh bertukar tapi dasar Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditukar.

“UMNO serius dalam konsep Tabayyun (teliti dan yakin). Inilah permulaan Tahaluf Siyasi (perjanjian persefahaman politik) bagi PAS dan UMNO yang akan kita terjemahkan demi agenda yang sama,” katanya. – BH Online

Kategori