Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Presiden Turki Akan Hadir...

LOUISVILLE - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan akan menghadiri majlis pengebumian legenda tinju dunia...

TDM Mampu Hadapi Ancaman...

PORT DICKSON - Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) memiliki kemampuan menghadapi ancaman senjata...

Permohonan Sekolah Kanak-Kanak Warga...

KUALA BERANG - Permohonan untuk memasuki Tahun Satu di sekolah bantuan kerajaan oleh...

Tweet Sufian Mengaku ‘Gay’...

TIDAK mahu peminat terus salah sangka, penyanyi Sufian Suhaimi menegaskan dia adalah lelaki...

UMNO Pertikai Bekas Editor DAP Jadi CEO Bernama

PROTES… UMNO mempertikaikan pelantikan bekas editor The Rocket milik DAP, Wan Hamidi Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) baharu.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan langkah tersebut sebagai tidak bersesuaian dengan imej kredibiliti organisasi media rasmi pihak kerajaan itu sendiri sejak diwujudkan pada 1968.

Biarpun ia agensi berita milik kerajaan, pelantikan seseorang yang aktif dalam politik kepartian bakal menguburkan Bernama apabila ia hilang identiti kebebasannya kerana hanya memihak kepada sesuatu parti dan kerajaan.

“Bernama yang selama ini berpegang kepada ‘Pastikan Benar’ bagi lapor apa saja berita termasuk isu pembangkang, akan menyamai agensi berita Iraq zaman Saddam Hussein dan agensi berita Filipina di bawah Ferdinand Marcos.

“Pelantikan ini sama sekali bertentangan dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Neo baru-baru ini bahawa agensi berita tidak lagi perlu diketuai oleh seseorang yang berkepentingan politik.

“Beliau mahu akhbar dan agensi berita harus bebas dan non-partisan dalam liputan selain tidak memihak mana-mana parti politik. Malangnya, Gobind sendiri tidak dapat kotakan kata-katanya dalam pertahan media itu bebas.

“Ini termasuk terlibat langsung dalam sebarang campur tangan politik terutama kes pelantikan Wan Hamidi di Bernama,” tegas Shamsul Anuar menerusi satu kenyataan media dikeluarkan di ibu negara pada hari ini.

Ujarnya, tidak salah rasanya untuk menyamakan kes ini dengan pelantikan peguam, Art Harun sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, waima Suhakam menyifatkannya bertentangan manifesto Pakatan Harapan (PH).


“Jadi, bagaimana seseorang yang bergerak cergas dalam politik sesebuah parti boleh jadi bebas dengan pelantikan sebegini? Kegusaran dan bantahan Majlis Perundingan Melayu (MPM) perlu diambil kira oleh Perdana Menteri.”

Ahli Parlimen Lenggong itu menambah, biarpun teguran seperti ini akan hanya ibarat ‘anjing menyalak bukit’ (berikutan sikap acuh tak acuh kerajaan terhadap bantahan Suhakam), perlu diingat Bernama bukan agensi swasta.

“Bernama memiliki kredibiliti berbeza dengan agensi kerajaan lain kerana undang-undang tubuhnya sama sekali berlainan. Dikhuatiri kredibilitinya selama ini terpelihara, akan jatuh jika kerajaan PH buat cengkaman ke atasnya.

“Jadi, di manakah pertimbangan kerajaan PH dalam isu perlantikan Wan Hamidi? Apakah dengan kuasai semua cabang komunikasi massa di negara ini akan mengukuhkan lagi kedudukan pihak kerajaan pada masa depan?”

Tegas Shamsul Nasarah, jangan biarkan Bernama rosak atas ketaasuban agenda politik. Beliau berharap Kerajaan PH bersikap adil dan benar-benar bebaskan media daripada sebarang pengaruh sebagaimana dalam janji mereka.

“Bagaimanapun sangat malang nampaknya kebebasan media tempatan pada ketika ini tidak berlaku sebagaimana era kerajaan Barisan Nasional dahulu,” ujar beliau lagi dalam nada penuh sindiran. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori