Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PN Tolak PRU15 Tahun...

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata menteri gabungan itu diarahkan untuk tidak...

Polis Banteras Aktiviti Judi...

MIRI - Polis berjaya membanteras aktiviti perjudian empat digit dalam talian di Lawas,...

Isu KWSP Suri Rumah:...

KUANTAN - Persidangan khas akan diadakan pada minggu kedua Ogos ini bagi memperhalusi...

Dadah: 88 Orang Ditahan...

BUKIT MERTAJAM - Seramai 88 orang termasuk enam dipercayai pengedar dadah ditahan dalam...

UMNO Persoal DAP ‘Bisu’ Kerajaan Kekal OSA

KUALA LUMPUR – UMNO mempersoalkan tindakan DAP yang membisu dengan keputusan kerajaan untuk menyemak semula dan mengekalkan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr. Shamsulanuar Nazarah berkata, parti itu sebelum ini paling lantang menentang akta itu selama ini dan melalui apa cara menonjolkan diri sebagai jaguh memperjuangkan kebebasan media, bersuara, hak asasi dan sebagainya.

Justeru, Dr. Shamsulanuar mempersoalkan prinsip perjuangan DAP dan parti itu tidak lagi sebebas dahulu dalam menyuarakan pendapat dan pandangan seolah-olah tangan terikat dan mulut terkunci di bawah kerajaan baru.

Berikut adalah kenyataan penuh Dr. Shamsulanuar:

1. Sebelum berkuasa pelbagai saranan dibuat dan DAP melalui apa cara menonjolkan diri, merekalah kononnya jaguh memperjuangkan kebebasan media, bersuara, hak asasi dan sebagainya. Namun apabila bila sudah berada di kerusi kuasa segalanya berubah, malah semakin nampak mula mencengkam bagi mengekalkan kuasa.

2. Justeru itu, UMNO hairan kenapa tiba-tiba DAP membisu dengan keputusan kerajaan untuk menyemak semula dan mengekalkan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) sedangkan suara merekalah yang paling lantang menentang akta itu selama ini dan malah suara mereka semakin lantang menjelang PRU14.

3. Persoalan saya adakah pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng leka dan terlena ketika ini apabila berada dalam kerajaan sekarang, dan mengangguk saja kepada apa jua keputusan Perdana Menteri kerana impian berkuasa telah mereka perolehi ?

4. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata OSA amat perlu agar jemaah menterinya ‘tidak membocorkan apa-apa rahsia kerajaan’. Dalam erti kata lain, ia bertujuan menutup mulut anggota kabinetnya, termasuk lapan orang daripada DAP.

5. Ini bermakna tidak ada sesiapa pun, termasuk rakyat, boleh menjadi ‘whistleblower’ terhadap sebarang salah laku kerajaan. Oleh itu, banyak perkara ditutup termasuklah perkara yang berkaitan laporan yang sepatutnya dibentangkan oleh Majlis Penasihat Kerajaan selepas 100 hari PH memerintah.

6. Kita pelik dengan sikap DAP ini kerana ia adalah sebahagian daripada janjinya kepada rakyat sebelum PRU. Namun, dengan kedudukan DAP sekarang, apabila mereka sudah berkuasa segalanya berubah demi kepentingan politik mereka. Jadi saya harap rakyat sedar dan melihat betapa besarnya muslihat yang DAP lakukan demi masa depan kuasanya dan parti ini tidak boleh dipercayai.

7. Saya tidak ingin menyentuh kegagalan Pakatan Harapan menunaikan semua janji manifesto PRU14 nya kerana kegagalan ini sudah diketahui umum. Namun saya ingin nyatakan betapa DAP kini menjadi ‘pak turut’ kepada apa saja arahan bos PH demi kepentingannya dan sudah mula menggadai perjuangannya.

8. DAP juga tidak lagi sebebas dahulu dalam menyuarakan pendapat dan pandangan, seolah-olah tangannya terikat dan mulutnya terkunci di bawah kerajaan baru.

9. Lebih mendukacitakan, DAP masih bersifat pembangkang dengan hanya berusaha mencari kesilapan kerajaan lalu sedangkan mereka sudah menjadi kerajaan. DAP saya percaya ingin menutup kelemahannya di mata rakyat dengan memesongkan apa saja fakta yang ada mengenai Malaysia hari ini.

10. Segala ‘flip-flop’ dan ‘U-turn’ kerajaan mengenai beberapa dasar, termasuk tol, PTPTN dan pelaburan China di Malaysia, disokong oleh Menteri DAP.


11. Di mana letaknya prinsip perjuangan DAP selama ini? Kenapa pandangannya terhadap SOSMA dan Akta Keselamatan yang lain telah berubah ? Apakah sikap baru DAP menjadi ‘pak turut’ ini mencerminkan wajah baru DAP ?

12. Memang benar, undang-undang yang ada bukanlah sempurna tetapi DAP patut membantu kerajaan dengan mengemukakan logiknya sendiri sebagaimana yang mereka perjuangkan selama ini. Selama ini pun DAP hanya berkata sesuatu undang-undang itu sudah lapuk dan perlu diganti, maka jadi kenapa perjuangan ini tidak diteruskan.

13. Saya juga ingin bertanya, di mana pula hak rakyat untuk mengetahui sesuatu kepincangan di dalam pentadbiran ? Apa hak perundangan yang ada hanya untuk mereka membongkar kononnya berlaku salah laku kerajaan lalu dan menimbulkan persepsi buruk bagi menutup kelemahan mereka ?

14. Lim Guan Eng, sebagai Menteri DAP yang paling kanan di dalam Kabinet Dr Mahathir, nampaknya hanya menjadi ‘boneka’ kepada PH dan tidak mampu merumuskan apa-apa pakej rangsangan ekonomi untuk negara, dan sehingga kini tidak dapat menjawab penyusutan nilai rizab antarabangsa Bank Negara.

15. Begitu juga, Guan Eng masih belum dapat menjawab isu kemerosotan nilak matawang ringgit di paras 4.10 berbanding dolar Amerika. Ini memperlihatkan kegagalan beliau sebagai Menteri Kewangan yang keadaan ini memberikan pelbagai kesan negatif kepada kerajaan dan rakyat.

16. Malah lebih memalukan, Kit Siang sendiri, yang dulu lantang mengkritik kerajaan umpama singa garang, kini sudah jadi “singa hilang gigi” apabila diam tidak menentang isu OSA dan kepincangan dalam kerajaan.

17. Sangat jelas, peranan DAP yang dulu garang menentang secara membabi-buta dasar-dasar kepentingan awam yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini, kini sudah bertukar umpama “tikus yang sedang menikmati keju” walaupun kepincangan yang dibuat kerajaan hari ini, berlaku di depan mata mereka.

18. Saya berkeyakinan DAP sedang menikmati hasil agenda dan perjuangan mereka selama berpuluh tahun. Apabila sudah berkuasa, mereka kini berusaha mengekalkan kuasa. Justeru segala prinsip yang diperjuangkan selama ini, hilang demi kuasa. Malah saya yakin mereka akan terus mencari jalan mengekalkan kuasa walau dengan apa cara sekalipun.

YB DATUK DR. SHAMSUL ANUAR HJ NASARAH

Ketua Penerangan UMNO Malaysia

UTUSAN ONLINE

Kategori