Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

LHDN Disyor Lantik Pegawai...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disyor mengkaji keperluan melantik pegawai...

Jangan Guna Wang Pinjaman...

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan penerima...

Najib Ziarah Tiga Veteran...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa...

24 Pegawai Dan Anggota...

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur akan menugaskan 24 pegawai dan anggota di...

UMNO Perlu Berubah Atau Kehilangan Pengundi Muda

ISU demi isu bukan masalah mutlak Umno. Masalah Umno ialah sikap tertutup, tidak dinamik dan tidak terbuka mendengar kritikan anak muda.

Umno berusaha keras memenangi hati anak muda. Cuma Umno lupa, anak mudah tidak sekadar didekati untuk dijadikan ahli parti. Persekitaran politik sekarang bukan setakat mencari anak muda mengisi borang keahlian parti.

Paling teruk kalau setakat mengumpan anak muda dengan aktiviti lapangan. Parahnya, visual dipaparkan pula di media massa sebagai bukti murahan: Umno akrab anak muda.

Umno perlu berubah. Setakat berkata mesra anak muda dengan kempen reakrasi, itu sebenarnya sudah lapok. Sangat 80an sifatnya. Itu gaya dulu.

Anak muda yang dinamik mahukan suara mereka didengar. Bukan didengar secara berkala atau sekali lalu, tetapi Umno mesti bersedia mendengar secara konsisten dan terurus. Umno perlu istiqamah berinteraksi dengan anak muda yang aktif mengkritik. Barulah Umno boleh mendabik dada mesra anak muda.

Umno mungkin menganggap parti itu sudah banyak menyediakan ruang dikritik, memberikan banyak platform untuk dialog dua hala, cuma relevennya – selagi anak muda berkumpul dan berduyun-duyun di platform pembangkang dan gerakan anti Umno, maka Umno wajar menerima hakikat, bahawa ruang yang disediakan tidak memadai.

Perhimpunan Tangkap M01 bukan tentang serangan terhadap Perdana Menteri semata-mata. Ada seismografi lain. Perhimpunan jalanan ini satu Uji Bakat Terbuka pembangkang untuk terus mencari bakat-bakat jalanan yang boleh dibentuk dan dimekarkan ke platform kepimpinan gerakan anti Umno. Pembangkang mahu kekal relevan dengan sentiasa memiliki bintang politik muda yang dibangunkan karektornya sebagai pemimpin yang teruji ketrampilannya. Ini modul gaya cabaran jalanan.

Bakat yang diasuh bersuara secara terbuka serta berani mendepani cabaran, kualitinya berbeza juara pidato atau pemimpin muda yang dijemput berucap di Perhimpunan Agung Umno. Bintang yang dilahirkan dalam cabaran jalanan meraih populariti yang lebih real dan gengsi.

Reputasi mereka tersebar secara meluas dalam agenda media massa pembangkang, terutama trend portal dan viral media sosial.

Umno mungkin memperlekehkan realiti ini. Tetapi bagi pembangkang, sekalipun hanya satu nama anak muda berjaya dipopularkan melalui aksi jalanan, hasilnya pasti membina jaringan pengikut yang luar biasa dalam rangkaian media baharu.

Rakan sebaya terutama pengundi kali pertama pada PRU akan datang, paling tidak akan terpandu dengan kecenderungan menghargai suara dan keberanian pemimpin sebaya. Ini merit heroitik.


Pembangkang sedar akan realiti ini. Walaupun media massa arus perdana memperlekehkan jumlah peserta yang hadir pada Tangkap M01, namun seribu anak muda serta empat pemimpin utama yang menganjurkan demonstrasi itu sudah mula membina jaringan pengikut. Ia membina momentum dan fokus hala tuju pengundi kali pertama pada PRU 14 nanti.

Umno dengan kesombongannya akan terus mengkritik dan memperlekehkan perkara ini. Tanpa menyedari siri demo Bersih hingga Bersih 4.0 telah mempengaruhi begitu banyak anak muda. BN hilang banyak undi anak muda pada pembangkang sejak PRU 12 dan PRU 13 lalu.

Sejak itu pun, Umno kekal dengan acara lapangan yang dipenuhi anak muda berwajah gembira.

Umno masih berfikir, anak muda ialah generasi aktiviti, yang akan menyokong Umno kerana parti itu selalu mesra aktiviti lapangan.

Umno lupa, anak muda sekarang generasi yang mahu mengkritik, memprotes dan diberikan peranan yang dinamik hal kenegaraan.

Di sinilah pembangkang mengambil kesempatan. Siri demo jalanan ialah medan uji bakat terbuka mencari pemimpin muda. Siri demontrasi ialah komitmen pembangkang untuk terus menyediakan ruang dinamik kepada anak muda untuk peranan memimpin di barisan paling hadapan.

Selagi Umno menafikannya, selagi itu pembangkang mengambil kesempatan menyediakan ruang kritikal untuk anak muda tampil menyalurkan pandangan kritis dan keghairahan berpolitik.

Anak muda hari ini bukan sebaya Khairi Jamaludin Abu Bakar, tetapi budak 21 tahun yang akan mengundi PRU 14 nanti! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori