UMNO, PAS Gesa Larangan Minum Arak Di Tempat Awam

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen UMNO dan PAS menggesa larangan penjualan dan meminum arak di tempat awam, sama seperti larangan merokok di kawasan terbuka.

Noh Omar (BN-Tanjong Karang) berkata larangan itu juga harus diperluaskan kepada minuman keras kerana ia “terlalu berbahaya daripada merokok”.

“Jika kita banding merokok dan mengambil minuman keras, minum arak lebih bahaya, terutamanya jika anda memandu,” katanya kepada Dewan Rakyat.

Beliau bertanya sama ada kerajaan persekutuan akan melaksanakan larangan itu kerana peraturan itu dibuat di bawah pihak berkuasa tempatan pada masa ini.

Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) juga menggesa larangan minuman keras dijual dan diambil di kawasan awam.

Beliau berkata mereka yang berada di bawah pengaruh alkohol juga boleh menimbulkan ancaman kepada orang lain.

“Ia (larangan itu) perlu dilaksanakan dengan serta-merta,” katanya dengan memberi contoh kes lelaki yang ditangkap bertelanjang di Kuala Lumpur selepas dia meminum minuman keras untuk melawan kemurungan.

Fadhli juga berkata beliau menyokong langkah kerajaan mengharamkan merokok di kawasan terbuka. – FMT

Loading...