Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cuba Jerat Remaja, Pedofil...

SEORANG lelaki berusia 36 tahun ditangkap oleh polis United Kingdom ketika cuba memerangkap gadis...

Borang B: Jangan Terhantuk...

Borang B adalah pendapatan di bawah Seksyen 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967

RM5.3j Bina Susur Keluar...

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM5.3 juta lagi kepada negeri ini bagi...

12 Mayat Tragedi Kapal...

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di...

UMNO-PAS Buat Laporan Polis Terhadap Guan Eng

SHAH ALAM – Dua laporan polis dibuat Pemuda PAS dan UMNO Selangor berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berbaur fitnah serta perkauman seperti dilaporkan dalam DAPMalaysia.org Ahad lalu.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Rizam Ismail berkata, pihak polis digesa menyiasat perkara itu dan menunjukkan ketegasan perangi isu-isu seperti ini.

Menurutnya, kandungan media yang disiarkan itu bertentangan dengan undang-undang Malaysia di bawah Seksyen 4 Akta hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kenyataan Guan Eng seperti membayangkan PAS dan UMNO membawa prinsip pelampau agama yang sebar dakyah diskriminasi kaum yang cambah kebencian kepada bukan Melayu dan bukan Islam.

“Walhal perkara ini tidak pernah berlaku. Sepanjang pemerintahan di bawah BN, kita tidak pernah mendiskriminasikan bangsa lain, begitu juga PAS di Kelantan dapat dilihat kemakmuran serta kebebasan beragama dilaksanakan di negeri itu,” katanya selepas laporan di Balai Polis Seksyen 6 dibuat hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli.

Laporan DAPMalaysia.org itu memetik ucapan Guan Eng pada Konvensyen Tahunan DAP Johor di Muar kemenangan MCA di PRK Tanjong Piai akan meneruskan budaya perkauman dan pelampau agama yang dibawa UMNO-PAS.

Antaranya bukan Melayu dan bukan Islam tidak boleh memegang jawatan menteri dalam Kabinet, sekolah vernakular bakal ditutup dan bukan Islam khususnya Kristian tidak boleh berkumpul untuk sembahyang.


Guan Eng turut mendakwa UMNO-PAS parti perkauman apabila barangan perniagaan bukan islam diboikot, bukan islam dan bukan Melayu yang tidak menyokong parti itu digelar babi, pengganas dan komunis.

Rizam berkata, sejak pemerintahan Pakatan Harapan (PH) banyak laman media digunakan untuk menghasut dan mengeluarkan kenyataan seolah-oleh Muafakat Nasional PAS dan UMNO ini akan memberikan masalah kepada kaum-kaum lain.

Sementara itu, Hanafi berkata, banyak laporan polis berkaitan isu hasutan dan berbaur fitnah melibatkan perpaduan kaum namun tidak diambil tindakan sewajarnya.

“Seolah pemimpin parti politik khususnya dari kerajaan ini kebal, tidak diberikan perhatian. Rakyat yang menghadapi isu kes kecil diambil tindakan tetapi isu melibatkan perpaduan tidak diambil berat dan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.

“PAS mahukan politik matang yang bukan hanya tertumpu kepada pembangunan material sahaja tetapi pembangunan jiwa warganegara kita yang menjaga keharmonian dan ketenteraman awam ini ke arah negara maju,” katanya. – Sinar Harian

Kategori