UMNO-PAS Bermukim Di Janda Baik, Perkukuh Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR – Dalam kemelut politik sekarang nampaknya kerjasama UMNO dan PAS dilihat semakin ‘bersatu.’

Semalam dan hari ini, kedua-dua parti yang mengagaskan Muafakat Nasional itu bermukim di Pusat Latihan UMNO ILMU di Janda Baik, Pahang.

Ia dihadiri oleh pimpinan utama kedua-dua parti termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggambarkan ia sebagai satu peristiwa bersejarah.

Menurutnya, ia bagi membincangkan secara terperinci mengenai hala tuju, pendekatan, strategi dan gerakkerja bersama dalam rangka memperkasakan Muafakat Nasional.

“Doakan Muafakat Nasional ini diberkati dan dirahmati demi mempertahankan Islam, bangsa dan tanahair,” katanya dalam status media sosialnya hari ini.

Bagaimanapun, ia satu mesyuarat tertutup bagi kedua-dua parti dan tidak ada sebarang kenyataan dan liputan dibenarkan.

Persoalannya, adakah mesyuarat itu ada kena mengena dengan keputusan menubuhkan Pakatan Nasional seperti yang digembar gemburkan sebelum ini? – MalaysiaGazette

Loading...