Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

KL2017: Thailand Cipta Dua...

SHAH ALAM - Thailand, juara bertahan futsal wanita mempamerkan permainan penuh dramatik pada...

Waspada Sindiket Guna Nama...

PUTRAJAYA — Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) meminta orang ramai berwaspada terhadap...

Shukri Abdull Ketua Pesuruhjaya...

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Penuntut Malaysia Maut Jatuh...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Malaysia maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 23...

UMNO Pahang Nyatakan Sokongan Kepada Zahid

KUANTAN – UMNO Pahang menyatakan sokongan penuh kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dikehendaki melaporkan diri ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mewakili seluruh anggota parti itu di negeri ini turut menyatakan kesetiaan serta pendirian untuk terus berdiri teguh bersama-sama kepimpinan Ahmad Zahid dalam menempuh keadaan yang mencabar.

“Kami juga berdoa kepada Allah, agar beliau dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam melalui saat-saat yang menggetirkan ini,” menurutnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Wan Rosdy turut menyarankan semua anggota dan penyokong UMNO supaya terus berdoa dan menganjurkan solat hajat, memohon pertolongan Allah bagi memudahkan urusan pemimpin tertinggi parti itu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diminta hadir ke SPRM Putrajaya untuk diambil keterangan – buat kali keenam – berhubung siasatan kes seleweng dana sebuah yayasan.


Menurut sumber SPRM, Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, diminta hadir di bangunan SPRM itu pada 3 petang hari ini.

SPRM kini menjalankan siasatan terhadap dana Yayasan Akal Budi milik keluarga Ahmad Zahid, yang juga pengerusi yayasan itu, yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti amal. – BERNAMA

Kategori