Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Sedang Lerai...

BUKIT MERTAJAM - Polis berjaya membongkar kegiatan geng curi motosikal selepas menyerbu sebuah...

4,098 Kes Baru, 8...

Sebanyak 4,098 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,608,768.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Koperal Hilang Di Royal...

PETALING JAYA – Anggota tentera yang dilaporkan hilang di Hutan Simpan Royal Belum, Koperal...

Budak Lelaki 2 Tahun...

ZEPHYRHILLS - Seorang budak lelaki berusia dua tahun maut manakala pengasuhnya cedera dirempuh...

UMNO Minta Kerajaan Segera Tangkap Jho Low

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia sepatutnya menggandakan usaha untuk menangkap, membawa pulang, menyoal siasat dan membicarakan Jho Low yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) di mahkamah supaya rakyat mendapat jawapan sebenar berhubung isu tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, Jho Low sering dilaporkan terlibat dan mempunyai hubung kait secara langsung dengan isu 1MDB termasuk pembelian kapal mewah Equanimity yang dikesan di Indonesia dan kini berada dalam tahanan kerajaan Malaysia.

“Bagaimanapun, di sebalik segala laporan dan dakwaan penglibatan beliau, Jho Low sehingga kini masih belum ditahan oleh mana-mana pihak berkuasa Malaysia apatah lagi dibicarakan di mana-mana mahkamah.

“Ketiadaan tindakan, tangkapan dan perbicaraan ke atas beliau sehingga kini sudah pastilah menimbulkan banyak tanda tanya, spekulasi serta manipulasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Berikut kenyataan penuh Mohamed Khaled berhubung perkara itu:

1. Skandal 1MDB sudah terlalu kerap dilaporkan oleh media. Sama ada di media tempatan mahupun antarabangsa, media arus perdana mahupun media sosial dan alternatif, skandal ini terus menerus didedahkan dengan pelbagai nama, angka serta cerita yang tidak berkesudahan.

2. Antara individu yang paling kerap namanya disebut adalah Jho Low. Beliau dilaporkan sangat terlibat dan mempunyai hubung kait secara langsung dengan skandal 1MDB, termasuklah pembelian kapal mewah Equanimity yang dikesan di Indonesia dan kini berada dalam tahanan Kerajaan Malaysia.

3. Walaubagaimanapun, di sebalik segala laporan dan dakwaan penglibatan beliau, Jho Low sehingga kini masih belum ditahan oleh mana-mana pihak berkuasa Malaysia apatah lagi dibicarakan di mana-mana Mahkamah.

4. Ketiadaan tindakan, tangkapan dan perbicaraan ke atas beliau sehingga kini sudah pastilah menimbulkan banyak tanda tanya, spekulasi serta manipulasi.

5. Ia membuka ruang kepada sebaran pelbagai cerita dan spekulasi yang tidak jelas, tidak tepat dan mengelirukan semua pihak. Bukan sahaja kepada UMNO, tetapi kepada pihak Kerajaan sendiri. Lebih penting, ia tidak akan membantu membawa kesudahan kepada isu ini.

6. Justeru, adalah sangat kritikal dan penting untuk pihak Kerajaan, yang yakin dan mendakwa mempunyai maklumat akan penglibatan Jho Low dalam skandal ini, untuk menggandakan usaha menangkap, membawa pulang, menyoal siasat dan membicarakan beliau.

7. Pertama, ia akan menyebabkan rakyat Malaysia tidak lagi dibelenggu misteri skandal 1MDB. Kebenaran dan keadilan dalam skandal in mesti didedahkan agar semua pihak mengetahui perkara sebenar.

8. Perkara ini seterusnya akan memberi kesudahan kepada skandal ini sekali gus membolehkan Kerajaan dan rakyat Malaysia memfokuskan pula kepada perkara lain yang lebih penting. Malaysia mempunyai pelbagai perkara lagi yang mesti kita lihat dan uruskan dengan baik. Bukan sahaja skandal yang tidak berkesudahan.


9. Kedua, kita mahukan Jho Low, dan semua yang terlibat dalam skandal ini, dibawa ke muka pengadilan dan melalui proses yang sewajarnya secara telus dan teratur. Hanya inilah cara terbaik berhadapan dengan semua yang terlibat.

10. Ketiga, saya sangat percaya bahawa usaha mencari kebenaran dan keadilan dalam skandal 1MDB ini akan mendapat kerjasama yang baik daripada Dato Seri Mohd Najib Razak dan keluarga beliau. Sekiranya mereka mengetahui dan mempunyai maklumat tentang Jho Low, sudah pastilah menjadi tanggungjawab mereka untuk berkongsi dengan pihak berkuasa tempatan.

11. Ia bukan sahaja satu perkara yang betul untuk dilakukan. Malah, ia akan membantu membersihkan nama dan imej beliau dan keluarga yang kini tercemar dengan skandal ini.

12. Keempat, memandangkan isu ini sangat kompleks dan rumit, maka saya juga percaya bahawa kita mesti bekerjasama rapat dengan mana-mana pihak berkuasa luar yang sedang menyiasat dan mencari penyelesaian kepada perkara ini.

13. Kerajaan Malaysia harus mempamerkan keseriusan dan kesungguhan yang lebih tegas bagi mendapatkan Jho Low dan mengheret beliau ke muka keadilan. Pihak Kerajaan tidak seharusnya sekali-kali melihat beliau sebagai sekadar watak sampingan yang boleh diketepikan.

14. Sebarang pendekatan menunggu dan mengharapkan beliau untuk tampil sendiri dan memberi penjelasan secara sukarela tidak akan berjaya dalam kes ini.

15. Jawapan yang hanya menyalahkan Kerajaan sebelum ini kerana gagal menahan Jho Low, sudah tentunya bukan alasan yang boleh diterima lagi. Ini kerana, UMNO sendiri mahukan perkara ini diselesaikan segara agar ia boleh memfokuskan kepada perkara lain yang lebih penting.

16. Menguruskan skandal 1MDB dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan merupakan komitmen dan janji yang dilaungkan oleh Kerajaan sendiri pra PRU-14. Jadi, adalah kritikal untuk perkara ini diberikan perhatian dengan lebih serius dan tegas.

17. Semoga semua pihak yang terlibat dan bertanggungjawab akan diberikan perbicaraan yang adil dan semoga kebenaran dan keadilan akan hadir dengan selayaknya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori