Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Cari Jalan Terbaik...

BANGKOK - Kerajaan akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu...

Inilah Wajah Terkini Bayi...

JIKA anda adalah pelayar Internet tegar, pastinya kenal dengan wajah bayi lelaki ini yang popular menerusi...

JDT Lebur Rekod ‘Kebal’...

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim meleburkan rekod tanpa kalah Sri Pahang FC...

TLDM Sedang Berunding, Minta...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang berunding dengan perompak untuk...

UMNO, MCA, MIC Mula Mesyuarat Bincang Nasib BN

KUALA LUMPUR – Pemimpin Barisan Nasional mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi hari ini bagi membincangkan nasib bekas gabungan pemerintah itu.

Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Pengerusinya, Mohamad Hasan dan turut dihadiri pemimpin tertinggi UMNO, MCA dan MIC.

Mereka adalah Naib Presiden UMNO, Mahdzir Khalid serta Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita UMNO, Noraini Ahmad; Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Timbalannya, Dr. Mah Hang Soon; Setiausaha Agungnya, Chew Mei Fun; Presiden MIC, SA Vigneswaran serta Timbalannya, M Saravanan.

Mereka semua kelihatan senyum ketika memasuki bilik mesyuarat di ibu pejabat BN di Pusat Dagangan Dunia Putra, pagi ini.

Isnin lalu, MCA dan MIC dalam satu kenyataan bersama, menggesa mesyuarat peringkat tertinggi diadakan bagi menentukan masa depan BN kerana mereka tidak lagi yakin gabungan itu komited kepada konsep pelbagai kaum.

Mereka juga tidak berpuas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung BN, Nazri Aziz yang berbaur “perkauman”.

Nazri dilapor mempersoalkan pelantikan orang bukan Islam ke jawatan penting seperti peguam negara dan ketua hakim negara.

Nazri tidak menghadiri mesyuarat hari ini seperti dinyatakannya Rabu lalu untuk memberi peluang MCA dan MIC membangkitkan isu pelantikannya.


“Mesyuarat mungkin tidak dapat dijalankan kerana kenyataan MCA dan MIC yang mengatakan kalau saya datang, mereka tidak datang. Jadi, saya tidak datang supaya mesyuarat boleh berjalan,” katanya kelmarin.

Selasa lalu, UMNO mengumumkan kerjasama rasmi dengan PAS di peringkat Parlimen dan setiap pilihan raya, selepas meneliti hala tuju kedua-dua parti serta senario politik tempatan.

Rabu lalu, Vigneswaran dilaporkan berkata, MIC akan kekal dalam BN, jika ia mendapat manfaat daripada gabungan UMNO-PAS.

Pada 2 Disember lalu, MCA melalui perhimpunan agung tahunannya meluluskan resolusi membubarkan BN dan membentuk gabungan baru yang lebih berkesan. – FMT

Kategori