UMNO Mahu PN Terus Kekal Terajui Perak

KUALA LUMPUR – UMNO hari ini memutuskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak harus dikekalkan walaupun berlaku usul undi percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Dewan Undangan Negeri. 

Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata usul undi percaya itu hanya membabitkan jawatan Menteri Besar sahaja, tanpa mengubah status kerajaan negeri. 

“Semua barisan EXCO kerajaan negeri mesti diteruskan. UMNO juga berpendirian bahawa BERSATU dan PAS harus bersama menyokong kerajaan PN Perak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya. Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan dan hanya 10 yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali. 

Beliau dilaprokan sudah mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta petang tadi. – BH Onlline