UMNO Ketereh Hantar Surat Tuntut 4 Perkara Kepada Presiden UMNO

UMNO Bahagian Ketereh yang dipimpin oleh TS Annuar Musa telah menuntut 4 perkara kepada UMNO Malaysia.

Ia berdasarkan surat TS Annuar Musa kepada Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamid bertarikh 19.3.2021 (semalam).

Dalam surat yang viral dan turut dilihat oleh Mynewshub, 4 tuntutan itu ialah, supaya UMNO dan PN berunding soal agihan kerusi. UMNO Bahagian Ketereh juga menyatakan sokongannya kepada Kerajaan PN yang ada sekarang.

Satu lagi tuntutan UMNO Bahagian Ketereh ialah supaya Perdana Menteri melantik segera seorang Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin BN.

Surat itu turut ditandatangani oleh Timbalan Ketua Bahagian iaitu YB Datuk Seri Alwi Che Mad dan beberapa AJK Bahagian yang lain.

Ternyata pendirian UMNO Ketereh itu amat bertentangan dengan keputusan MKT di Janda Baik Pahang pada 19.2.2021.

Dalam mesyuarat MKT malam itu telah diputuskan bahawa UMNO menolak untuk bekerjasama dengan PPBM di PRU ke 15 akan datang.

Satu lagi keputusan penting MKT pada malam tersebut ialah meletak titik noktah kepada isi jawatan Timbalan Perdana Menteri. UMNO tidak akan meminta dan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri jika ditawarkan.