Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dilema Awek Nak ‘Break’...

JIKA dilihat kebanyakan drama kisah percintaan di Malaysia, 'cinta dihalang oleh orang tua'...

Malaysia Sertai 16 Negara...

LONDON - Malaysia menyertai kumpulan 17 buah negara menolak usaha terbaharu Pertubuhan Bangsa...

Liverpool Kembali Rampas Takhta...

LIVERPOOL - Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim...

Pelajar Universiti Nanjing Beratur...

Pada ketika golongan muda di Malaysia menghadiri konsert artis Korea K-Pop, golongan muda...

UMNO Kelantan Teguh Bersama Ahmad Zahid

KOTA BHARU – UMNO Kelantan akan terus teguh di belakang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun presiden UMNO itu berdepan 45 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, kata Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Malah katanya beliau berpendapat Ahmad Zahid tidak harus bercuti ataupun meletak jawatan kerana pendakwaan terhadapnya adalah bermotifkan politik.

Ahmad Jazlan juga yakin UMNO akan bangkit dan tidak akan dibubarkan.

“Anggota UMNO di akar umbi masih bersetia bersama parti dan tidak berganjak, malah di Kelantan rata-rata dapat dilihat dengan jelas anggota UMNO berada dalam keadaan semangat yang semakin tinggi bila mereka melihat kedudukan Melayu semakin terpinggir dan agama Islam semakin terancam sejak UMNO kehilangan kuasa,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Malah menurutnya, golongan muda juga mula menunjukkan minat yang positif untuk turut bersama UMNO selepas berasakan mereka tertipu dan hilang keyakinan terhadap kerajaan semasa dalam membela nasib anak-anak Melayu. – BERNAMA

Kategori