Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PM Ketuai Delegasi Malaysia...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi...

Nasi Dagang Terengganu Tembusi...

MELBOURNE - Nasi dagang sejuk beku keluaran T-Kitchen, sebuah anak syarikat Menteri Besar...

Polis Tahan 9 Warga...

KUCHING - Sembilan lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pembalakan kayu...

PT Pertamina Mahu Beli...

JAKARTA – Syarikat minyak dan gas Indonesia, PT Pertamina, sedang menilai potensi untuk...

UMNO Dakwa Fasa Pemansuhan MARA Bermula

UMNO membantah rancangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) merombak core-business Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui konsep ‘pengasingan dan penyerapan’ ke beberapa kementerian berlainan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa langkah itu bertujuan menghapuskan kewujudan MARA yang telah banyak berjasa dalam pembangunan kaum Melayu dan Bumiputera negara ini.

“UMNO dapat hidu jika formula ini dilaksana, ia sebenarnya jalan menuju kepada fasa penutupan dan pemansuhan MARA yang selama ini telah banyak berjasa dalam pembangunan Melayu dan Bumiputera di seluruh negara.

“Kerajaan PH harus sedar bahawa MARA terwujud mengikut Akta Parlimen pada tahun 1966. Ia telah dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat. UMNO amat dukacita jika sebarang rombakan ini dilaksanakan tanpa merujuk dan dibawa semula ke Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, MARA tidak wajar menjadi mangsa kekejaman politik atau politik balas dendam oleh kerajaan PH.

Menurut beliau, MARA terbentuk dari resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada 1965 yang mahukan agenda perjuangan Bumiputera diperjuangkan.

“Bermula dari RIDA, kemudian lahirnya MARA dan sehingga detik ini genaplah 52 tahun agensi ini menabur bakti terhadap masyarakat Bumiputera.


“UMNO percaya usaha memecah-kecilkan MARA dan diletakkan dalam pelbagai kementerian akan menyukarkan MARA mencapai matlamatnya membantu Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Justeru, katanya, UMNO mahu kerajaan mengekalkan MARA sebagai satu agensi amanah Bumiputera yang dapat meneruskan perjuangan seperti yang dihasratkan oleh Kongres Bumiputera menerusi seliaan satu kementerian.

Kata beliau, UMNO malah berharap kerajaan harus bertindak rasional menjaga kepentingan awam dengan mengekalkan agensi yang selama ini menjadi nadi kepada ekosistem masyarakat akar umbi.

“UMNO tetap akan mempertahankan MARA demi rakyat,” kata Ahmad Zahid. – MYNEWSHUB.TV

Kategori