Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

904 Pengembara Ke Malaysia...

SERAMAI 106,793 pengembara tiba di Malaysia sehingga semalam, dengan 904 daripadanya disahkan positif...

“Bomba Balik, Jangan Padam...

SHAH ALAM - Sekumpukan orang awam menjerit supaya pasukan bomba pulang dan tidak...

Diskaun 20% Untuk Kenderaan...

GEORGE TOWN - Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), pemegang konsesi Jambatan Sultan Abdul...

Malaysia Jadi Tumpuan Kerana...

MALAYSIA terus menjadi tumpuan dalam isu pembelaan Palestin ekoran pembunuhan jurutera Fadi al-Batsh...

UMNO, BN Tetap Sokong Kerajaan Sedia Ada

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada di sebalik kemelut serta ketidakstabilan politik ketika ini.

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pendirian itu sudah dinyatakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Dalam BN dan UMNO, sudah membuat pendirian dan (perkara itu) diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri semalam.

“Saya sendiri dan rakan dalam Dewan (Rakyat) yang rapat dengan saya, bukan sahaja sokong tetapi senada dengan pendirian yang diumumkan iaitu tetap sokong kerajaan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Perubatan COVID-19 dari Arab Saudi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini hari ini. – BH Online

Kategori