UMNO Bantu PAS Tawan Kerusi Seri Setia

UMNO bersetuju beri laluan kepada PAS bertanding lawan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)…

UMNO bersetuju beri laluan kepada PAS bertanding lawan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di Selangor yang bakal diadakan.

Ini ekoran kematian ADUN PKR kawasan berkenaan, Dr. Shahruddin Badaruddin yang merupakan Exco Kerajaan Negeri dan juga bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor di Hospital Putrajaya pada petang Khamis.

Berita gembira tersebut disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan ketika membuat pengumuman berkenaan dalam sidang akhbar di Sungai Kandis, Shah Alam pada Jumaat.

Katanya, keputusan UMNO untuk sedia memberi laluan kepada PAS bertanding PRK DUN Seri Setia adalah sebagai hormati dan penghargaan kepada PAS yang memberi laluan kepada BN bertanding di PRK DUN Sungai Kandis.

Mohamad turut mengambil peluang itu untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr. Shahruddin atas kematian wakil rakyat berkenaan dan berharap mereka tabah bersabar menerima ketentuan Ilahi ini.

“UMNO dan BN sudah berunding secara tidak rasmi… Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah dirundingkan. Saya hendak buat pengumuman pada PRK DUN Seri Setia, UMNO beri laluan PAS bertanding

“Ini sebagai tanda hormati dan hargai bagaimana pergorbanan pihak PAS sedia memberi laluan kepada kita untuk bertanding di PRK DUN Sungai Kandis,” kata Mohamad yang juga mantan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Beliau malah memberi jaminan bahawa jentera BN akan turun ‘all out’ atau berjuang habis-habisan berkempen di Seri Setia walaupun calonnya nanti datang daripada wakil PAS tempatan untuk mengalahkan calon PH sendiri.

Mohamad berharap pihak PAS Selangor akan dapat menampilkan calon berwibawa untuk menjadi ikon suara rakyat dan menegaskan bahawa: “Ini titik permulaan persamaan UMNO – PAS.”

Beliau berharap rakyat dapat membaca titik persamaan sebagai politik baru dalam semangat Malaysia Baharu dengan berkata: “UMNO dan BN akan bantu… saya akan bantu… seperti mana dilakukan PAS di Sungai Kandis.”

PRK DUN Seri Setia nanti ialah yang ketiga berturut-turut di Selangor selepas pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu selepas Sungai Kandis dan kemudian di Balakong.

Di Seri Setia pada PRU ke-14, Allahyarham Dr Shahruddin menang dengan majoriti 19,372 dalam pertandingan empat penjuru lawan BN, PAS dan calon Bebas.

Beliau dapat 29,250 undi menewaskan calon BN Datuk Yusof Haniff 9,878 undi, manakala calon PAS, Mohd. Ghazali Daud 4,563 dan calon Bebas, Dr. S. Vignes hanya 217 undi. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...