Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah...

SIBU – Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, yang...

Najib Tak Pernah Dengar...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Razak mendakwa tidak pernah dengar syarikat judi...

LGBT: Himpunan Jangan Dipandang...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia amat prihatin dengan situasi hari ini di mana...

Pusat Pemindahan Di Kedah...

ALOR SETAR – Sebuah pusat pemindahan di Dewan Cenderawasih, Pendang yang menempatkan 17...

UMNO Bahtera Bocor, Sukar Nak Gabung – PAS

KUALA LUMPUR – PAS menyifatkan UMNO sebagai bahtera bocor dan tidak mungkin akan bergabung dengannya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata gabungan dengan parti sedemikian akan hanya menambahkan kesulitan.

“UMNO sekarang mengalami kebocoran bahtera. Kaedah orang pergi laut, kalau bahtera bocor kita pergi dekat, bahtera kita pun boleh tenggelam sama.

“Nak gabung dengan parti bocor ini satu benda yang sulit dan payah,” katanya menerusi satu temuramah ‘An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang” di Dublin, Ireland, kelmarin.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Marang itu berkata UMNO tidak boleh dikatakan sudah berkubur kerana parti itu masih mempunyai penyokongnya tersendiri.

“UMNO ini ada penyakit dan masalah dia. Adapun mengatakan UMNO di alam barzakh, maka tidak mudah. Parti komunis yang diharamkan pun masih ada. Parti Hitler masih ada pengikut. Syaitan pun ada pengikut.


“Tuhan jadikan tak mati syaitan selagi tak berlaku kiamat. Bukan saya kata dia (UMNO) syaitan, tidak. Tetapi nak matikan kefahaman ini tidak mudah, akan ada warisan dia,” katanya.

Sebelum ini terdapat pelbagai dakwaan kedua parti pembangkang itu akan bergabung bagi membentuk satu blok baharu. – BH ONLINE

Kategori