Ummi Nazeera Menari, Majlis Resepsi Kena Kecam

TAHNIAH sekali lagi diucapkan kepada pelakon Ummie Nazeera dan pasangannya, Dr. Izzar Anwari yang telah diijabkabulkan bulan lepas.

Baca: Surprise! Ummi Nazeera Akui Nikah 23 Julai Lalu

Ada dengar-dengar tak gosip pasal majlis resepsi Ummi Nazeera? Amboi amboi bukan main ramai pulak yang nak kecam wedding orang tu kan.

Kalau ada yang tak tahu lagi, waktu majlis resepsi Ummi yang telah berlangsung pada 5 Ogos, Sabtu yang lepas, pasangan mempelai ni telah membuat kejutan untuk tetamu yang datang.

Ummi dan Izzar membuat persembahan tarian waktu majlis gilang-gemilang mereka berlangsung. Tapi biasalah, ada je mulut longkang yang bercakap belakang, mempertikaikan tarian mereka tu.

Heyy, biar lah diorang nak menari macam mana pun. Kan majlis kahwin diorang, sekali je seumur hidup. Lagipun majlis kahwin Ummi ni 100% hasil usaha mereka sendiri.

Ada sesetengah netizen yang cakap Ummi sangat tak sesuai untuk menari terkinja-kinja macam tu depan orang ramai… Tapi rasanya tarian dia tu tak over pun kan.

Yelahh, mungkin sebab Ummi ni bertudung, jadi ramai lah yang tak setuju dengan tindakan dia menari waktu majlis resepsi tersebut. Cuba kalau artis yang tak bertudung? Mesti tak kena kecam kan?

Tambah pula kata netizen yang jadi ‘polis pencen’ ni, lagu yang dipilih pun tak sesuai sebab ada unsur yang selalu diguna untuk tujuan keagamaan. Siap ada yang persoalkan kenapa tak pakai lagu tarian zapin atau lagu tarian joget.

Mesti yang bercakap tu tak tahu yang waktu awal majlis, ada je alunan qasidah dan selawat waktu pasangan ni masuk ke dalam dewan.

Cubalah sekali sekala pandang pada sudut positif… Tak penat ke asyik nak kecam je?

Ahad yang lepas, Ummi sendiri dah jelaskan tentang isu ni yang mana dia cuma berlatih tarian tersebut selama tiga hari sebelum majlis berlangsung.

Berlatih pun dengan suaminya sendiri kan. Jadi tak ada masalah kalau diorang nak berpegangan tangan. Dah sah dah pun.

Umum pun dah tahu yang Ummi dan Izzar dah pun menikah pada bulan Julai yang lepas dan majlis ni langsung tidak ditaja oleh mana-mana pihak. Ummi cuma terima tajaan inai sahaja untuk majlis malam berinai.

Semoga pekahwinan Ummi dan suaminya diberkati oleh Allah S.W.T. Netizen yang lain sudah-sudah lah asyik nak cari kesalahan orang sahaja. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...