Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tren Laju Makkah-Madinah Ganti...

JEDDAH - Kereta api berkelajuan tinggi Haramain akan menggantikan khidmat kebanyakan operasi bas...

Jemaah Umrah Tarik Nafas...

SHAH ALAM - Jemaah umrah sudah pastinya menarik nafas lega apabila mereka dapat...

Tragedi Tahfiz: 6 Suspek...

KUALA LUMPUR - Enam remaja yang disyaki menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran...

‘Besar Nikmat Diberikan Besar...

PENGACARA Neelofa akui berasa tertekan kerana sering ditanya soalan berkaitan jodoh dan faktor...

Ummah Rancang Himpunan Gergasi Rakyat

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak yang cuba bersekongkol dengan agenda untuk menggugat kedaulatan Islam di negara ini bakal berdepan satu lagi himpunan besar-besaran menerusi Himpunan Gergasi Rakyat.

Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan itu akan diadakan selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan masyarakat beragama Islam di seluruh negara menerusi Kempen Penerangan Kongres Rakyat.

“Kita akan berusaha menjelaskan kepada semua orang Islam agar mereka faham, bersatu seterusnya bersedia untuk bangkit membela kedaulatan Islam di negara ini.

“Isu-isu yang menggugat kedaulatan Islam seperti Statut Rom, penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan status Islam dalam kad pengenalan akan diterangkan dalam kempen tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Kamaruzaman berkata, Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang diadakan Sabtu lalu merupakan amaran awal bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membela kedaulatan Islam.


Kata beliau, hal itu jelas selepas setahun kerajaan PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kedaulatan Islam dalam negara dilihat berada dalam keadaan bahaya dan perlu diselamatkan.

“Kongres Rakyat, Ummah dan 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam-Melayu berpendirian jika perkara itu dibiarkan, tidak mustahil keadaan akan menjadi lebih teruk daripada hari ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori