Umat Islam Jadi Suara Minoriti Selepas PRU14

KUALA TERENGGANU – Umat Islam yang merupakan golongan majoriti di negara ini menjadi suara minoriti di bumi sendiri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) disebabkan keghairahan berpolitik sesetengah pihak.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Mahfodz Mohamad berkata, sikap pihak terbabit sanggup menggadaikan kepentingan agama demi politik adalah satu perkara yang mengundang musibah dalam negara tercinta ini.

“Sikap dan keghairahan demikian adalah merugikan Islam dengan berlakunya perpecahan umat. Akhirnya, suara Islam menjadi minoriti dan tidak kuat,” katanya baru-baru ini.

Menyedari perkara itu, Mahfodz berkata, PAS mengambil sikap kehadapan dengan membina hubungan dengan sesiapa sahaja yang mahukan perpaduan demi kepentingan agama dan umat Islam berdasarkan ijtihad Siyasi.

Kata beliau, PAS meletakkan asas perpaduan menerusi apa sahaja jalinan hubungan kerjasama mestilah mendatangkan keuntungan kepada Islam dan menjaga kepentingan umat.

PAS kini dilihat mula menjalin kerjasama dengan UMNO dalam blok pembangkang.

Jalinan dua parti politik terbesar umat Melayu Islam itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan pemimpin dan penyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH). – MYNEWSHUB.TV

*Sekadar Video Hiasan..

Loading...