Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditemui Mati Dalam...

KUBANG PASU - Seorang lelaki ditemui mati di tempat duduk kerusi pemandu akibat...

Gempar! Cebisan Al-Quran Bertaburan...

CEBISAN kertas ayat suci al-Quran ditemui bertaburan di atas jalan raya dari Yong...

Cucu Hadiah Beg LV,...

LAMAN sosial Taiwan sensasi dengan posting seorang warganya yang bercerita kisah lucu tentang...

Highland Towers Diroboh Bulan...

PETALING JAYA - Highland Towers yang terbiar sejak 25 tahun lalu akan dirobohkan...

UM Terus Melonjak Dalam World University Rankings

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) telah memperbaiki kedudukannya dalam World University Rankings seperti dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE) hari ini.

Menurut kenyataan media universiti itu, UM telah melonjak dari kedudukan 351-400 tahun lepas kepada 301-350 tahun ini daripada 1,258 institusi di seluruh dunia.

Ini adalah kali kedua UM disenaraikan dalam ranking dunia oleh THE sejak tahun lepas. Tahun ini juga menyaksikan UM sebagai universiti teratas di kalangan 11 universiti di Malaysia yang juga disenaraikan oleh THE.

Sementara itu, naib Canselor UM, Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim yang gembira dengan keputusan itu mengulangi bahawa UM tidak mengejar atau mengutamakan ranking.

“Penyertaan kami dalam sistem penarafaan hanyalah untuk menanda aras UM dengan institusi pengajian tinggi yang lain, untuk mengukur kedudukan dan status semasa universiti dan merancang bagi peningkatan strategik seterusnya,” kata beliau.


Beliau berkata selama bertahun-tahuin, UM telah telah menunjukkan peningkatan dalam membangunkan asasnya tetapi amat penting bagi UM untuk menunjukkan penambahbaikan dalam bidang-bidang teras strategik iaitu untuk kemapanan kewangan, meningkatkan pendapatan industri dan penciptaan kekayaan.

“Ini kerana cabaran transformatif yang dihadapi oleh univetrsiti tersebut pada tahun-tahun akan datang ialah dalam bidang Revolusi Industri 4.0,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori