Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Hukum Kalau Masih...

PASTI ramai antara kita yang masih ragu-ragu dengan status puasa jika terus makan...

6 Doktor Kacak Di...

PEKERJAAN doktor sememangnya mulia kerana sumbangan mereka kepada masyarakat. Doktor terpaksa belajar lebih kurang 5...

Perak Akhiri Kemarau 18...

SHAH ALAM - Perak menamatkan penantian 18 tahun menjulang Piala Malaysia dan menambah...

Dua Minggu Tanggung Sakit,...

SELAMA hampir dua minggu menanggung sakit, akhirnya suami kepada pelakon Hanis Zalikha iaitu...

‘Ular’ Lintas Jalan Patuk Kereta Sampai Remuk

KELIRU atau kurang peka dengan nama betul binatang, seorang lelaki tergamak membuat laporan polis selepas mendakwa keretanya dipatuk ‘ular’ sehingga remuk teruk.

Pengadu yang bertugas sebagai jurujual mendakwa sekumpulan ‘ular’ melintas jalan secara tidak sengaja ‘mematuk’ kenderaan yang sedang dipandunya di Jalan Sungai Besar Tua, Ulu Yam Baharu, Selangor.

Lelaki yang berusia 48 tahun itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Ulu Yam Baharu dan mendakwa kira-kira 10 ekor ‘ular’ menyeberangi jalan di hadapannya sebelum seekor ‘ular’ merosakkan keretanya.

'Ular' Patuk Kereta Sampai Remuk

Bagaimanapun setelah disiasat pihak polis, ‘ular’ yang didakwa lelaki berasal dari Puchong itu dalam laporannya baru-baru ini sebenarnya adalah kuda.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan R. Supramaniam berkata, lelaki tersebut tidak fasih berbahasa Melayu dan menyebut kuda sebagai ular.


Beliau berkata, seekor daripada kumpulan kuda yang berkeliaran di kawasan itu telah menendang kereta mangsa sehingga remuk di bahagian hadapan kereta jenis Toyota Camry itu.

Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah dimaklumkan berhubung perkara itu bagi mengambil tindakan terhadap pemilik kuda terbabit. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori