Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Krisis MB Selangor: Pemimpin...

PETALING JAYA - Semua pihak perlu mengamalkan batasan berhubung krisis menteri besar di...

Sambutan Program Mylesen Tidak...

KUALA LUMPUR - Program Mylesen yang dilancarkan sejak 2015 yang bertujuan menggalakkan golongan...

Ghana Haramkan Jualan Produk...

GHANA akan mengharamkan penjualan barangan dan produk import pemutih kulit ke dalam negaranya...

PATI Bertambah, Pembukaan...

KLANG : Jumlah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dijangka bertambah ekoran pembukaan...

UJSB Rugi Bersih RM9.95 Bilion

KUALA LUMPUR – Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mencatat kerugian bersih RM9.95 bilion bagi tempoh kewangan berakhir 14 Disember 2018 sehingga 31 Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah, menjelaskan UJSB hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM234 juta sepanjang tempoh itu berdasarkan hasil dividen dan sewaan aset milik syarikat terbabit.

Katanya, jumlah pendapatan kecil itu tidak dapat menampung kerugian operasi yang disumbangkan kerugian nilai saksama ke atas instrumen ekuiti sebanyak RM7.75 bilion dan kerugian rosot nilai berjumlah RM1.177 bilion.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Keadaan ini sudah dijangka memandangkan aset Tabung Haji (TH) dipindah milik kepada UJSB dibuat bukan pada nilai saksama iaitu RM9.7 bilion, sebaliknya pada nilai buku dengan premium RM19.9 bilion.

“Ini menjadikan jurang lebihan liabiliti berbanding aset terpaksa ditanggung UJSB berjumlah RM10.2 bilion,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang meminta kerajaan menyatakan prestasi kewangan UJSB setakat ini.


Mengulas lanjut, Mohd Shahar berkata, penyata kewangan UJSB disediakan berlandaskan konsep berterusan (going concern) memandangkan syarikat berkenaan menerima surat sokongan kewangan bertarikh 27 Mei 2019 daripada Menteri Kewangan Diperbadankan.

“Berdasarkan perkara ini, UJSB akan membayar RM500 juta kepada TH menjelang 2020, membabitkan penjelasan tunai penebusan awal sukuk.

“Kerajaan bukan sahaja memastikan kelangsungan aktiviti ekonomi oleh UJSB tetapi lebih penting ialah keselamatan kewangan pendeposit TH,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Abdul Azeez supaya Kementerian Kewangan mengambil kira pandangan semua pihak berhubung penjualan ladang milik TH Plantations kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd, Mohd Shahar berkata, perkara itu akan disampaikan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. – BH Online

Kategori