Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

HFMD: 180 Taska, Tadika...

SHAH ALAM - Sebanyak 180 taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak harian ditutup...

7,000 Anggota Polis Kawal...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 7,000 anggota polis akan bertugas pada perhimpunan Bersih 5...

11 Termasuk Warga Emas...

BUKIT MERTAJAM - Sebelas lelaki termasuk seorang warga emas dicekup ketika sedang leka...

Hari Keputeraan Raja Perlis...

KANGAR - Hari Keputeraan Rasmi Raja Perlis yang disambut pada 17 Mei setiap...

Ujian Vaksin Covid-19 Pertama Ke Atas Manusia Di AS

WASHINGTON – Ujian klinikal untuk menilai keberkesanan vaksin koronavirus (Covid-19) bermula pada Isnin di Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Xinhua.

“Hari ini vaksin percubaan itu disuntik kepada peserta pertama,” kata Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara (NIAID) Anthony Fauci kepada pemberita di Rumah Putih pada Isnin.

Ujian klinikal bermula di Kaiser Permanente Washington Health Research Institute (KPWHRI) di Seattle, dibiayai oleh NIAID, membabitkan 45 sukarelawan berusia antara 18-55 tahun.

Mereka akan menerima jumlah dos yang berbeza-beza.

Ujian kali ini untuk menilai keberkesanan, manfaat dan keselamatan bagi menentukan sama ada vaksin itu boleh digunakan atau sebaliknya.


Peserta akan akan menerima dua dos vaksin, melalui suntikan intraotot, selang 28 hari, menurut NIH.

Selepas suntikan kedua peserta akan diminta kembali ke klinik untuk pemeriksaan susulan, diikuti pemeriksaan berkala dalam tempoh setahun, kata Fauci.

Menurut Fauci, walaupun ujian awal klinikal berjalan lancar, ia mungkin mengambil masa kira-kira setahun hingga 18 bulan sebelum vaksin itu benar-benar dapat digunakan untuk orang ramai.

Kategori