Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siapa Agaknya Jejaka Sado...

Sebelum ini, pelakon Izreen Azminda pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia rimas dengan komen...

Gambar Makam Nabi Ibrahim...

MAKKAH - Arab Saudi mengedarkan imej Makam Nabi Ibrahim yang tidak pernah didedahkan...

Kes Penemuan Kepala Wanita:...

KUCHING – Suami kepada wanita warga China yang kepalanya ditemui tanpa badan di...

3,543 Kes Baharu Direkod...

KUALA LUMPUR: Negara melaporkan 3,543 kes baharu COVID-19 pada Khamis.Ketua Pengarah Kesihatan Tan...

Ujian COVID-19 Ahli Parlimen, Petugas Setiap 2 Minggu

KUALA LUMPUR – Semua Ahli Parlimen dinasihat agar mengehadkan pergerakan ketika berada di dalam dan luar bangunan Parlimen sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat bagi mengekang penularan wabak COVID-19, serta memastikan persidangan dapat dijalankan dengan selamat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata nasihat berkenaan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

“Sepertimana maklum, susulan peningkatan kes penularan wabak COVID-19 ketika ini, langkah-langkah pencegahan telah dan sedang diambil dalam memastikan persidangan Dewan Rakyat dapat dilaksanakan dengan selamat.

“Semalam, saya berkesempatan menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan beliau menyampaikan beberapa pandangan dan nasihat,” katanya dalam pemasyhuran oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat pada persidangan hari ini.

Teks pemasyhuran itu dibacakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat,  Datuk Seri Azalina Othman Said sebaik persidangan bermula hari ini.

Azhar berkata Ahli Parlimen juga perlu mengelakkan daripada bergaul atau menghadiri majlis-majlis keramaian dan tempat sesak serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurutnya, KKM menasihatkan semua Ahli Parlimen supaya tidak lagi mengadakan majlis jamuan atau bermesyuarat dalam kelompok besar semasa berada di dalam atau luar bangunan Parlimen.


“Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat perlu bermesyuarat atau berkumpul secara fizikal, Ahli-ahli Yang Berhormat dipohon mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM dengan ketat,” katanya.

Beliau berkata semua Ahli Parlimen dan petugas perlu menjalani ujian saringan COVID-19 setiap dua minggu dan notis pemberitahuan berhubung perkara berkenaan akan dikeluarkan oleh pihak pentadbiran Parlimen dari semasa ke semasa.

Katanya, KKM mengingatkan jika terdapat jangkitan COVID-19, bangunan Parlimen akan ditutup sekiranya didapati perlu berbuat demikian.

“Sekiranya ada kes positif di kompleks Parlimen, pihak KKM akan membuat penilaian terhadap SOP yang sewajarnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori