Beberapa Kolej Kediaman UiTM Di Alor Gajah Tutup 10 Hari

42
UiTM

Beberapa kolej kediaman pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Alor Gajah diarah tutup selama 10 hari mulai hari ini selepas seorang pelajarnya disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Melaka Dr Rusdi Abd Rahman berkata notis penutupan di dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah.

Katanya mereka menerima nortifikasi awal daripada Klinik UiTM pada 2 petang Selasa lalu yang memaklumkan seorang pelajar didapati positif Covid-19 menerusi saringan kit ujian pantas Antigen (RTK-Ag).

“Lapan lagi pelajar mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) dan kesemua mereka telah menjalani ujian PCR (tindak balas berantai polimerase) Covid-19 yang keputusannya dijangka diperoleh dalam tempoh terdekat,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata siasatan lanjut mendapati pelajar itu menghadiri program kepimpinan anjuran sebuah badan bukan kerajaan dari 3 hingga 7 Nov lepas di sebuah resort di Alor Gajah.

Ia turut disertai kira-kira 45 orang lagi membabitkan pelbagai cawangan UiTM.

Menurutnya berkata pelajar lain yang menjadi kontak rapat sedang dikenal pasti untuk dikuarantin sebagai langkah awal bagi mengekang penularan jangkitan.


“Jabatan Kesihatan Melaka memandang serius perkara ini dan siasatan sedang dijalankan dengan terperinci, justeru orang ramai yang menjadi kontak rapat disaran melakukan kuarantin kendiri serta menghubungi Bilik Gerakan PKD Alor Gajah di talian 06-5566 390 bagi saringan kesihatan segera.

“Saya memohon orang ramai agar merujuk kepada kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan dan jabatan kesihatan negeri untuk maklumat sahih,” katanya.

Rusdi berkata untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Melaka di talian 06-2345 999 atau melalui e-mel [email protected]

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan tujuh pelajar UiTM didapati positif Covid-19 selepas pulang dari menghadiri program anjuran sebuah parti politik dari 4 hingga 7 Nov lepas.

– Bernama

2 Pelajar Perakaunan UiTM Antara 10 Terbaik Dunia

UiTM Siasat Dakwaan Gangguan Seksual

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI