Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Gesa Keselamatan Penerbangan...

KUALA LUMPUR - Negara anggota Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) perlu mengguna pakai...

Si Cantik Raline Shah...

DUA tahun lalu, demam Polis Evo telah melanda ramai peminat filem tanah air apabila...

DPMM Gesa Moratorium Automatik...

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa moratorium pinjaman automatik diberi...

Otai Reformis Mohon Bantuan...

KUALA LUMPUR - Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memohon bantuan Presiden Amerika...

UiTM Cipta Sejarah Lancar Satelit Ke Angkasa Lepas

HEBAT… Kemajuan teknologi telah dorong Universiti Teknologi Mara (UiTM) harum nama Malaysia apabila jadi universiti pertama negara melancarkan UiTMSAT-1, nano-satelit pertama ke angkasa.

UiTMSAT-1 berjaya dilancarkan di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat (AS) menerusi roket SpaceX Falcon 9, pada pukul 5.46 petang semalam waktu tempatan (5.46 pagi waktu zon timur AS).

Menurut portal online tempatan, melalui program Joint Global Multi-Nation (BIRDS-2), projek yang dihasilkan merupakan kerjasama antara pasukan UiTM yang diwakili Syazana Basyirah Mohamad Zaki dan Muhammad Hasif Azami dengan pasukan daripada Bhutan dan Filipina.

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said, pelancaran UiTMSAT-1 itu berjaya disempurnakan di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral menerusi roket SpaceX Falcon 9.

“UiTMSAT-1 ini akan dibawa Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dan dijadualkan akan dilepaskan ke orbit pada Ogos ini melibatkan jaraknya 400 kilometer daripada permukaan bumi.

“Pelancaran UiTMSAT-1 ini menandakan permulaan kepada kami untuk lebih serius dalam pembangunan teknologi angkasa lepas sekali gus membuktikan kemampuan warga UiTM dalam bidang ini,” katanya selepas Majlis Pelancaran Bank-Satelit UITMSAT – 1di UiTM Shah Alam, semalam.


Turut hadir ialah Pengarah Pusat Satelit Komunikasi, Prof. Madya Ir. Dr. Mohamad Huzaimy Jusoh.

Menurut Hassan lagi, UiTM menjadi universiti pertama di Malaysia yang melancarkan satelit buatan sendiri dengan kos lebih rendah berbanding satelit komersial dan ia merupakan objektif utama UiTM dalam kerjasama tersebut.

Ujarnya, projek tersebut merupakan langkah awal membolehkan Malaysia menuju ke arah space-faring nation selain menyumbang kepada rancangan jangka masa panjang UiTM untuk jadi perintis dalam bidang aeroangkasa.

“Projek kerjasama BIRDS-2 ini membawa kepada penubuhan Pusat Satelit Komunikasi (UiTMSAT) di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan berkaitan satelit dan teknologi angkasa,” jelasnya. – Mynewshub.tv

Kategori