Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Singapore Airlines Tersilap Harga,...

SINGAPURA – Di sebalik kecanggihan perkhidmatan, syarikat penerbangan kebangsaan Singapore Airlines (SIA) hari...

Esscom Pandang Serius Aktiviti...

LAHAD DATU - Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) memandang serius...

TLDM Selamatkan Nelayan Indonesia...

LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan empat awak-awak dan seorang tekong...

QZ8501: AirAsia Didapati Langgar...

RENTETAN insiden nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan Kerajaan...

Uighur: Kedutaan China Tolak Memorandum Kali Ke-3

KUALA LUMPUR – Buat kali ke-3 Kedutaan Besar China enggan menerima memorandum rakyat Malaysia, yang berhimpun hari ini mendesak penindasan yang didakwa dilakukan terhadap etnik Uighur, umat Islam dan minoriti lain dihentikan.

Perhimpunan hampir 1,000 orang ini menyusuli solidariti untuk minoriti-minoriti di China yang diadakan di Hong Kong, Indonesia dan Turki sejak minggu lepas.

Presiden Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pihaknya sudah memaklumkan kedatangan mereka hari ini, yang berkumpul sejurus selepas solat Jumaat.

Beliau mendedahkan Kedutaan Besar China berkata mereka “boleh” datang tapi kurang 100 orang.

Bagaimanapun, pada akhirnya, tiada wakil kedutaan menemui mereka, menyebabkan mereka hanya boleh memasukkan memorandum ke dalam peti surat.

“Kami bawa anak patung panda tanda persahabatan antara Malaysia dan China,” kata Faisal kepada pemberita di sebuah pasaraya berdekatan kedutaan.

Polis tidak membenarkan penunjuk perasaan mendekati kedutaan. Dua orang wakil mereka diiring polis ke pintu utama kedutaan itu.

Himpunan hari ini merupakan cubaan ke-3 selepas himpunan 34 NGO termasuk Abim dan Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) pada Julai.


Jurucakap ketika itu mendedahkan kedutaan enggan menerima memorandum atas alasan tidak wajar baginya menerima memorandum daripada kumpulan kecil.

“Mereka kata ‘takkan kita 1 bilion (orang) nak terima (memorandum) daripada 3 orang?’” kata Pengerusi Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid kepada pemberita.

Kedutaan China juga tidak menghantar wakil untuk menerima memorandum daripada Angkatan Gerak Minda Malaysia (Agra) pada Selasa.

Faisal berkata Abim akan terus menyuarakan bantahan sehingga Beijing menghentikan ketidakadilan terhadap Uighur dan kumpulan minoriti lain serta membebaskan semua tahanan di kem-kem penahanan di Xinjiang.

Pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan aktivis berkata sekurang-kurangnya 1 juta orang Uighur dan kumpulan minoriti beragama Islam lain ditahan di kem-kem di Xinjiang sejak 2017.

Beijing berkata ia hanya menyediakan latihan vokasional untuk membasmi semangat pemisahan dan mengajar kemahiran-kemahiran baru. Ia menafikan orang-orang Uighur dianiaya. – FMT

Kategori