Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KWP Cadang Bina Parkir...

KUALA LUMPUR : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang membina parkir bertingkat di Projek...

Dipukul Tidak Bertudung, Wanita...

BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita warga Indonesia hari ini membuat laporan polis berhubung...

Qatar Sertai Pakatan Antarabangsa...

BRUSSELS - Qatar menyertai mesyuarat pakatan antarabangsa memerangi Daesh yang berlangsung di ibu...

Siti Nordiana Tidak Kisah...

ENAM tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana tidak menolak jika dia ditakdirkan...

UEC Bercanggah Aspirasi Pendidikan Kebangsaan

1. Unified Examinations Certificate (UEC) adalah sijil Sekolah Swasta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang dikelolakan Dong Zong dan Jiao Zong. Ia merupakan satu sijil peperiksaan yang tidak menggunakan sukatan pelajaran dari negara kita dan bukan sebahagian entiti daripada sistem pendidikan Malaysia yang diiktiraf.

2. Susulan itu, sebarang cubaan untuk mengiktiraf sistem dan sukatan peperiksaan ini sering menimbulkan kontroversi yang berulang-ulang.

3. Tidak hairanlah tindakan Kerajaan Pakatan Harapan yang memutuskan untuk mengiktiraf sijil peperiksaan ini telah menimbulkan penentangan serta pertikaian yang besar di kalangan masyarakat Malaysia. Termasuklah dari golongan pakar pendidikan, tokoh masyarakat hatta sebahagian daripada ibu bapa serta masyarakat Cina tempatan sendiri.

4. Bagi sesetengah pihak, desakan untuk Kerajaan menerima dan mengiktiraf UEC yang diimport masuk dari Taiwan ini tidak lebih dari sekadar lanjutan kepada usaha untuk beralih keluar secara perlahan-lahan dari sistem pendidikan sedia ada yang lebih bersepadu dan seragam.

5. Saya berpendirian bahawa usaha sedemikian adalah tidak wajar dan amat bercanggah dengan aspirasi pendidikan negara. Setidak-tidaknya dalam konteks berikut:

a. Pertama, ia menggunakan sepenuhnya sukatan dan pengisian yang dicedok dari negara luar (Taiwan), tanpa saringan, kawalan dan pemantauan piawai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Malah, pakar pendidikan dan pihak Kerajaan Malaysia tidak langsung terlibat atau dirujuk dalam penyediaan sukatannya.

b. Kedua, kandungan, sukatan serta objektif yang disasarkan dalam kandungan sistem peperiksaan ini bukanlah berasaskan Falsafah Pendidikan Negara yang kita guna pakai selama ini.

c. Ketiga, ia akan menyebabkan wujudnya sistem yang terpisah-pisah dan saling berbeza antara satu sama lain. Perkara ini menyebakan sistem pendidikan negara tidak dapat diseragam dan disepadukan dengan baik.

d. Keempat, ia secara langsung dan jelas memberi mesej moral bahawa sistem pendidikan negara adalah amat teruk, tidak baik dan gagal.

e. Kelima, ia akan terus menjadi salah satu punca yang akan menggagalkan usaha berterusan Kerajaan untuk menyuburkan perpaduan dan rasa kebersamaan rakyat Malaysia.

f. Keenam, ia secara tidak langsung merendah-rendahkan bahasa kebangsaan Malaysia. Pendidikan yang disampaikan menggunakan bahasa pengantar selain Bahasa Kebangsaan sudah pastilah akan dilihat sebagai tidak mengangkat keluhuran perlembagaan.

g. Ketujuh, ia membuka ruang dan jalan yang menyebabkan isu pendidikan dipolitikkan.


h. Kelapan, sekalipun tanpa UEC, sistem pendidikan tempatan telah dan sentiasa mengiktiraf kepentingan bahasa Mandarin di sekolah-sekolah aliran Cina tempatan yang berada di bawah sistem pendidikan negara; dan

i. Kesembilan, adalah lebih baik untuk Kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran mengambil usaha memperkukuh dan memperkemaskan sistem pendidikan sekolah Cina tempatan, berbanding mengambil sistem luar yang sentiasa menimbulkan kontroversi.

6. Semua 9 alasan ini sangat kukuh untuk mewajarkan penolakan kepada desakan dan tuntutan mengiktiraf UEC.

7. Sebaliknya, kita semua rakyat Malaysia, yang mengaku negara ini sebagai tanah air tempat tumpah darah kita, mesti bekerjasama memperbaiki sistem pendidikan kita. Apa yang kurang dan lemah, harus kita sama-sama perbaiki dan perkukuhkan.

8. Mencari alternatif luar yang tidak selari dengan aspirasi tempatan bukanlah satu jalan yang baik dan mampu menyelesaikan kekurangan yang ada.

9. Saya sangat berharap yang Kerajaan Pakatan Harapan bertegas dalam perkara ini dan berusaha mengambil jalan terbaik bagi memastikan sistem pendidikan kita diiktiraf dan diyakini oleh semua pihak.

Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
Naib Presiden UMNO

*Sekadar Video Hiasan.

Kategori