Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

ATM Rampas 240 Kg...

ALOR SETAR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui pasukan Batalion Kedua Rejimen Renjer...

Isteri ‘Tukul’ Kepala Suami...

BERANG dan cemburu suaminya ada hubungan sulit dengan wanita lain mendorong si isteri...

Sarawak: Mangsa Banjir Berkurangan...

KUCHING - Keadaan banjir di Sarawak semakin surut dengan jumlah mangsa banjir di...

Gerakan Kata Pemimpin P.Pinang...

GEORGE TOWN - Gerakan Pulau Pinang membidas pucuk pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang...

Ucapan Mahathir Bukti Cuba Guling PM – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO buat laporan polis susulan kenyataan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ingin guling Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Muhammad Rafii dan turut dihadiri Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun.

Mengulas perkara itu, Khairul Azwan berkata Mahathir, 92, membuat banyak kenyataan kebelakangan ini yang cuba mempengaruhi rakyat Malaysia untuk menggulingkan Perdana Menteri menerusi proses tidak demokratik.

Beberapa bukti turut diserahkan kepada polis untuk bantu siasatan. Mahathir ketika berucap dalam persidangan PPBM di Shah Alam, Selangor pada Sabtu turut mengulangi hasratnya untuk menjatuhkan perdana menteri.

“Kita meminta pihak polis segera menyiasat tindakan dan usaha Dr. Mahathir yang ingin menggulingkan perdana menteri. Tindakan ini berbahaya dan boleh mengganggu-gugat keamanan serta kestabilan politik negara.

“Maka itu sebabnya kami tampil untuk buat laporan polis bagi menyiasat kenyataan Mahathir sejak kebelakangan ini,” kata Khairul Azwan ketika ditemui pemberita di perkarangan IPD Dang Wangi, di ibu negara hari ini.


Mengulas dengan lebih lanjut, beliau seterusnya berkata, apa yang dilakukan oleh Mahathir kini ternyata semata-mata untuk memastikan anaknya sendiri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menjadi perdana menteri yang baharu.

“Kita hendak rakyat tahu bahawa Mahathir memang mahu menggulingkan perdana menteri kerana dia nak jadikan anaknya pula sebagai Perdana Menteri Malaysia,” kata Khairul Azwan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori