Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Puluhan Ahli Parlimen Pembangkang...

KUALA LUMPUR - Puluhan Ahli Parlimen pembangkang berarak menuju semula ke Parlimen selepas...

Dahulu Pendiam, Kini Usahawan...

SIAPA sangka seorang yang dahulunya pendiam dan hanya melakukan pekerjaan seharian tanpa menghiraukan keadaan...

Chloe Moretz Akui Bercinta...

SETELAH sekian lama berteka-teki akhirnya pelakon remaja popular, Chloe Grace Moretz, 19, mengakui...

Bekas Pengawal Keselamatan Dihukum...

SHAH ALAM - Seorang bekas pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh...

Ubah Kerusi Najib, Itu Kerja Istana Negara – Mahathir

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai pertukaran tempat duduk Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, kelmarin, jika benar ia berlaku.

Memetik laporan Harian Metro, Dr. Mahathir berkata, perkara itu bukan di bawah pengetahuan dan bidang kuasa beliau.

“Saya tak tahu, saya tak nampak apa pun… itulah tempat dia (seperti ditentukan), itu istana punya kerja, bukan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Makan Malam Amal dan Pelancaran Tabung Jasamu Dikenang Ex-Kota Bharu Teacher’s College (KBTC) 2019 di Putrajaya di sini malam ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Dr. Yusof menafikan dakwaan bahawa tempat duduk Najib diubah saat akhir.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 menegaskan kedudukan itu telah ditetapkan dan Ahli Parlimen Pekan itu sudah dimaklumkan lebih awal mengenainya.

“Kita telah membuat satu jawapan rasmi dan sebenarnya isunya bukan dialih, tapi memang kita telah tetapkan. Kemudian Datuk Seri Najib sendiri beri alasan.


“Beliau duduk di tempat kerabat, beliau perlu memakai pakaian istiadat Orang Besar Pahang. Itu masalah dia kerana kita telah maklumkan lebih awal. Jadi tak timbul isu dan kita menafikan,” katanya kepada pemberita.

Najib semalam tampil menjelaskan ketidakhadiran beliau ke istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong kerana tidak sempat mengambil pakaian istiadat Orang Besar Pahang miliknya kerana kedudukan tempat duduknya didakwa telah ditukar.

“Bukan kekeliruan tetapi menerima panggilan pada jam 6:30 pagi yang sama bahawa tempat duduk ditukar. Sepatutnya duduk di tempat ke-10 sebagai bekas Perdana Menteri mengikut protokol istiadat tetapi ditukar pada saat terakhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang.

“Pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas PM tak sama. Setiap jawatan ada protokolnya,” tulis Najib dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya. – Sinar Harian

Kategori