Twitter Gantung Terus Akaun Presiden Donald Trump

TWITTER bertindak tegas menggantung terus akaun Presiden Donald Trump atas kebimbangan ia akan menjadi pencetus lebih banyak keganasan pada masa hadapan.

Kicauan Trump dikatakan mencabuli polisi Intigriti Sivik Twitter.

Akaun dengan 88 juta pengikut itu asalnya digantung selama 12 jam pada hari Rabu.

Trump didakwa menggunakan platform media sosial itu untuk mengecam Naib Presiden, Mike Pence ketika penyokongnya menyerbu Capitol. – Agensi