Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Seberang Pintasan, Dungun Mula...

DUNGUN - Pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Terengganu pada musim tengkujuh ini...

5 Tahun Penjara: Anwar...

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak akan memohon pengampunan daripada Yang...

Karnival Jualan Mega Tingkat...

IPOH - Karnival Jualan Mega (KJM) 2017 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi...

Zionis Bunuh Seorang, Cederakan...

RAMALLAH - Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin dan mencederakan tiga lagi dalam...

Tweet Keterlaluan, Sharnaaz Ahmad Teruk Dihentam

TULAR satu kicauan yang dimuat naik oleh pelakon, Sharnaaz Ahmad menerusi laman sosial Twitter baru-baru ini.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Basir Ahmad telah memuatnaik satu kenyataan bagi meluahkan rasa bengang kepada segelintir golongan lelaki yang begitu suka menghasilkan video tutorial solekan.

“Aku bukak fb/insta penuh dengan jantan buat tutorial makeup… ni mak ampa, cubalah jadi jantan hanat… paling kurang pun, live main judi ka!!,” ujar pelakon ini menerusi kicauan tersebut.

Bagaimanapun, tweet yang agak keterlaluan itu secara tidak langsung telah mengundang kemarahan dalam kalangan netizen.

Rata-rata antara mereka ada merasakan bahawa pandangan yang dilemparkan oleh pelakon tersebut adalah merepek dan tidak masuk akal sama sekali.


Berikutan isu ini, Sharnaaz telah diminta oleh para netizen untuk lebih bersikap hati-hati terutama dalam berkata-kata berikutan dia adalah public figure.

Kehidupan seorang public figure bukan mudah, malah ada sahaja tindak tanduk yang menjadi perhatian orang. So, behave ya! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori