Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selesema: Ayam Daging Di...

KOTA BHARU - Penduduk di negeri ini tidak perlu bimbang untuk membeli ayam...

Polis Cari Wanita Misteri...

GEORGE TOWN - Seorang ‘wanita misteri’ kini sedang dicari polis bagi bantu siasatan...

Harinder Raikan Ramadan &...

INGAT lagi Harinder Singh Pal? Lelaki kelahiran India ini menjadi perhatian ramai setelah melafazkan Syahadah...

KPDNKK Urus Pembayaran Subsidi...

KUALA LUMPUR - Kekurangan bekalan minyak masak di beberapa negeri ketika ini disebabkan...

TV AlHijrah Dan Rayhar Travel Tawar Kempen Umrah

KES penipuan umrah masih lagi kerap menimpa bakal-bakal jemaah umrah di negara kita.

Walaupun pelbagai kes dibongkar namun masyarakat kita masih tertarik kepada pakej umrah yang menawarkan harga tak masuk akal.

Akhirnya ada dikalangan masyarakat kita yang terkandas di KLIA, ada yang terkandas di Tanah Suci dan ada pula dijanjikan hotel penginapan berhampiran Masjidil Haram namun apa yang dijanjikan pihak penganjur tersasar.

Disebabkan kes penipuan yang tidak berkesudahan ini TV AlHijrah dan Rayhar travel mengambil tanggungjawab untuk memberi pendedahan kepada orang ramai dengan bekerjasama melancarkan kempen Umrah Pilihan.

Untuk tujuan ini seramai 50 orang kaki tangan TV AlHijrah dihantar ke Tanah Suci untuk merasai sendiri pengalaman mengerjakan umrah dan ziarah berdasarkan pakej tulen seperti yang ditawarkan Rayhar.

“Selain beri pendedahan kepada orang ramai mengenai kaedah memilih agensi pelancongan yang berpengalaman, kita juga berhasrat hantar semua kakitangan TV AlHijrah menunaikan umrah ke tanah suci Makkah dan Madinah.

“Justeru kita memilih untuk berkolaborasi dengan Rayhar Travel berdasarkan track record mereka yang cemerlang dalam menguruskan jemaah umrah dan haji,” kata CEO TV AlHijrah, Datuk Izelan Basar.

“Kerjasama dengan TV AlHijrah sangat penting kerana kita cuba untuk membawakan pengalaman menunaikan umrah dengan cara yang mudah difahami oleh semua dan kenapa harga satu-satu pakej umrah berbeza-beza.

“Ini penting supaya masyarakat yang ingin menunaikan umrah ada pengetahuan dalam memilih agensi pelancongan yang betul dan seterusnya memilih pakej mengikut kehendak dan keperluan masing-masing,” kata Pengarah Urusan Rayhar Travel, Haji Harin Ahmmu.

Untuk tujuan ini TV AlHijrah telah menghantar 18 kakitangan beserta keluarga dan kru penerbitan untuk merakamkan perjalanan umrah sulung dalam kerjasama ini.

Rombongan pertama ini bertolak ke tanah suci dari KLIA pada menggunakan pesawat sewa khas MAS Airbus A380 pada 7 Januari yang lalu.

Mereka telah selamat mendarat di lapangan terbang Madinah sebelum terus berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah.

“Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Sebaik tiba di Madinah kami telah berhenti untuk berihram di Miqat Bir’ Ali untuk berihram sebelum terus berlepas ke Makkah. Sampai di Makkah kami menunaikan solat Subuh dan terus menunaikan umrah selepas bersarapan.


“Proses menunaikan umrah sangat lancar memandangkan kami disediakan alat hubungan (receiver) untuk mendengar panduan dari Mutawih pengiring,” kata salah seorang kakitangan yang mengikuti rombongan umrah itu.

Alat hubungan itu digunakan pihak Rayhar untuk memberi bimbingan umrah yang lengkap semasa ibadat umrah supaya jemaah umrah boleh lebih fokus dan tidak terpisah dengan mutawif masing-masing.

Hotel yang kami tinggal juga dekat, sekitar 100 meter dari Masjidil Haram, jadi nak berulang alik ke Masjidil Haram memang sangat mudah.

Hari kedua Rayhar membawa rombongan TV AlHijrah untuk membuat ziarah di sekitar kota Makkah.

Antara tempat bersejarah yang dilawati adalah Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Jaranah (Miqat Umrah).

Rombongan dibawa untuk mengimbau peristiwa penting yang berlaku di setiap lokasi yang dilawati dan signifikasinya dengan perkembangan manusia dan Islam.

“Alhamdulillah program ziarah kami hari ni berjalan lancar dan mendapat bimbingan yang baik dari para ustaz yang memimpin kami,” kata salah seorang anggota rombongan TV AlHijrah.

Rombongan TV AlHijrah disertai oleh Ustaz Rosli Ahmad Mokhtar, Pengurus Besar Bimbingan Haji dan Umrah Rayhar serta Ustaz Dzulkarnain Hamzah, Pengurus Pengendali Haji dan Umrah Rayhar.

Esok rombongan Hijrah akan ke Ta’if untuk melihat sendiri tempat di mana dakwah Rasulullah SAW menerima penolakan oleh penduduknya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori