Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Bapa Tiada Di...

SELAIN daripada ayah, abang juga ditanggungjawabkan untuk menjaga adik-adik. Tapi bagaimana pula jika...

Motosikal Alami Kegagalan Brek...

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi sebuah...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat akan...

SPRM Tak Buka Kes...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan membuka siasatan kes-kes lama yang melibatkan pemerintahan...

Fattah Mahu Lupa Soal Cinta, Alih Fokus Pada Karier

SUKA atau pun tidak, populariti Fattah Amin memang tidak dapat disangkal lagi.

Aktor yang mulai diminati ramai sejak berlakon di dalam drama Suri Hati Mr. Pilot (SHMP) ini bagaimanapun memberikan kredit populariti mendadaknya itu kepada doa kedua ibu bapanya selama ini.

Menurut Fattah lagi, Anugerah Bintang Palig Popular ABPBH 3.0 yang dimenangi olehnya pada malam Ahad lalu merupakan hasil daripada titik peluhnya sepanjang tahun ini.

“Alhamdulillah, rezeki ini memang tidak dijangka. Ini adalah hasil kerja saya sepanjang tahun yang mana sehingga hari ini saya belum pernah bercuti walaupun sehari.

“Macam semua tahu, semua benda saya nak buat, tapi saya tidak kisah tiada cuti dan tidak pernah rasa penat kerana saya suka dengan apa yang saya buat,” ujarnya kepada media ketika sidang akhbar ABPBH3.0 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), dekat sini, malam Ahad.

Penyanyi lagu Wanita Terakhir itu memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Bintang Paling Popular melayakkannya membawa pulang sebuah kereta Peugeot 408.

Sementara itu, menurut Fattah lagi, dia enggan berbicara soal cinta lagi selepas ini.


“Saya sudah tutup buku dan tidak mahu komen tentang hal yang sudah berlalu. Jodoh, rezeki yang saya dapat dan ajal adalah tiga perkara yang saya tidak boleh jangka. Namun buat masa ini tiada sesiapa lagi dan seperti jawapan klise artis lain, sekarang masa untuk saya bekerja,” ujarnya memetik mStar Online. 

Sebelum ini Fattah pernah dikaitkan bercinta dengan aktres gandingannya dalam SHMP iaitu Neelofa.  Bagaimanapun, hubungan mereka tidak berkekalan.

Selain itu, Fattah juga mengucapkan penghargaan buat peminat-peminat setianya yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepadanya.

“Kalau boleh saya mahu pecahkan trofi ini dan bagi kepada mereka kerana saya tidak tahu bagaimana nak balas apa yang mereka buat kepada saya.

“Saya akan memastikan melakukan yang terbaik dalam apa juga bidang sebagai penghargaan kepada mereka,” ujarnya. –MYNEWSHUB.CC

Kategori