Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Brunei Tambah Lagi Jadi...

BANDAR SERI BEGAWAN – Bermula 19 April lalu, hari Khamis ditambah sebagai satu...

Pemandu Mabuk Rempuh Bazar...

BATU PAHAT - Dua parah, manakala dua lagi cedera apabila sebuah pacuan empat...

Kaji Akta Pembaziran Makanan...

KUALA LUMPUR - Isu pembaziran makanan bukanlah satu perkara baharu di negara ini,...

97 Penumpang Selamat Selepas...

SINGAPURA - Seramai 97 penumpang feri 'Sea Prince' diselamatkan selepas feri berkenaan terlanggar...

Turki Mahu Bina Hubungan Lebih Rapat Dengan Afrika

TURKI akan meningkatkan jumlah kedutaannya di seluruh benua Afrika dari 41 kepada 54 buah kedutaan, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam pertemuan dengan Presiden Benin Patrice Talon di Ankara baru-baru ini.

Hasrat Turki ini menandakan agenda membina hubungan lebih rapat dengan negara-negara Afrika yang kini didekati oleh beberapa kuasa dunia terutama China.

Ini menunjukkan cita-cita besar Turki untuk membina dan meluaskan pengaruhnya di Afrika, selepas berjaya membina hubungan rapat dengan Somalia dan Sudan.

“Afrika sejak dulu memang satu benua yang penting bagi kami. Kami pernah mempunyai 12 kedutaan di sana. Sekarang, kami mempunyai 41 wakil diplomatik di Afrika tetapi kami mensasarkan untuk menambahkan jumlahnya kepada 54,” tambah Erdogan.

Memperlihatkan usaha Erdogan menarik sokongan negara Afrika itu, beliau memberi amaran tentang gerakan Fethullah Gulen yang didakwa terlibat dalam cubaan rampasan kuasa pada 2016.

Gerakan itu yang digelar FETO (singkatan pertubuhan pengganas Fethullah Gulen) yang turut beroperasi di Benin.

Erdogan menyuarakan gesaan agar Benin segera memutuskan sebarang hubungan dengan gerakan Gulen.

Erdogan mendakwa Gulen diberi dana dan mendapat perlindungan kerajaan Amerika Syarikat, negara tempat Fethullah tinggal.


Katanya, AS memberi dana sebanyak AS$800 hingga AS$850 juta setiap tahun kepada gerakan Gulen melalui sekolah yang mereka kendalikan.

Gulen turut disokong oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE) , sebuah lagi negara yang bersaing dengan Turki untuk mengukuhkan pengaruh di Asia Barat dan Afrika, terutama wilayah utara dan timur berhampiran Asia Barat.

Dalam persaingan di Asia Barat, UAE ialah sekutu rapat Arab Saudi yang bersaing dengan Qatar dan Turki, dan masing-masing mahu membina hubungan lebih baik dengan beberapa negara penting dan strategik Afrika.

Arab Saudi beberapa tahun lalu menarik Sudan untuk bersamanya dan menjarakkan diri daripada Iran yang merupakan sekutu rapatnya sebelum ini.

Salah satu sebab utama Turki mahu membina hubungan lebih akrab dengan negara Afrika ialah mengelakkan negara tersebut didekati oleh negara pesaing dan boleh dipergunakan untuk menentang kepentingan Turki. – Mynewshub.tv

Kategori