Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mesej Keamanan Dalam Pelbagai...

PETALING JAYA : Malaysia yang dikurniakan dengan pelbagai perayaan dan budaya sepatutnya memberi...

Mesyuarat Parti Komponen BN...

PUTRAJAYA - Semua setiausaha agung parti komponen Barisan Nasional (BN) dipanggil bagi membincangkan...

Mayat Warga India Jatuh...

MIRI - Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menjumpai mayat seorang juragan warga...

Pemain Ini Sign Autograf...

Tidak diketahui tarikh dan lokasi, gambar di atas menunjukkan seorang pemain bolaspek dipercayai...

Turki Mahu Bekerjasama Dengan JDT Majukan Johor

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan untuk menerima kunjungan hormat daripada wakil rasmi kerajaan Turki di Istana Bukit Pelangi, di sini semalam.

Pertemuan khas itu diketuai sendiri oleh Duta Turki ke Malaysia, Başak Türkoğlu yang turut mewakili Netas, sebuah syarikat terbesar dalam bidang teknologi maklumat di negara tersebut dengan pengalaman selama lebih 45 tahun.

Menurut kenyataan disiarkan menerusi akaun Facebook rasmi, Johor Southern Tigers, firma Turki itu menyatakan minat mendalam untuk melabur bersama-sama dengan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga di negeri ini.

Status melalui laman itu yang menerima lebih 16,000 tanda suka, turut melaporkan bahawa Tunku Ismail yang juga pemilik JDT malahan dijemput ke Turki untuk berkolaborasi dengan kelab-kelab bola sepak di negara tersebut.


Pada masa sama ujar baginda, Netas yang berpengalaman dalam usaha pemodenan angkatan tentera Turki selama ini, dilaporkan turut ingin membantu mempertingkatkan lagi teknologi hospital dan pembelajaran di Johor.

“Ini menunjukkan JDT benar-benar berkembang sehingga syarikat besar dari luar negara datang untuk membuat pelaburan dalam negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan,” titah Tunku Ismail. – Agensi/Mynewshub.ccHAA

Kategori