Turki Dakwa Miliki Rakaman Audio Jamal Dibunuh

ISTANBUL – Pihak berkuasa negara ini mendakwa mempunyai rakaman audio yang membuktikan wartawan, Jamal Khashoggi dibunuh dalam bangunan kedutaan Arab…

ISTANBUL – Pihak berkuasa negara ini mendakwa mempunyai rakaman audio yang membuktikan wartawan, Jamal Khashoggi dibunuh dalam bangunan kedutaan Arab Saudi di sini.

Menurut sumber keselamatan, bukti yang menunjukkan Jamal dibunuh telah dikongsi oleh banyak negara termasuk Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS).

“Bukti telah disampaikan kepada semua pihak secara jelas dan kini kami sedang mengumpul bukti kukuh di bangunan kedutaan terbabit,’’ kata sumber itu.

Terdahulu Presiden AS, Donald Trump mendakwa beliau telah menerima penafian keras daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saudi tentang penglibatan negara itu dengan kehilangan wartawan berkenaan.

Trump berkata, kemungkinan Jamal telah dibunuh oleh `pembunuh-pembunuh samseng’.

“Penafian Arab Saudi amat kukuh dan ini kelihatan kepada saya kemungkinan dilakukan oleh pembunuh samseng. Siapa tahu?,’’ katanya selepas berhubung dengan Raja Salman melalui telefon. – Reuters/AFP

Loading...