Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Dilantik Timbalan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai...

UMNO Sabah Iktiraf Peranan...

SANDAKAN - UMNO Sabah mengiktiraf peranan Puteri UMNO sebagai salah satu sayap penting...

Aliff Syukri Tawar RM5,000...

JUTAWAN Kosmetik, Datuk Aliff Syukri menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang menyalurkan...

Bajet 2022: Baucar Perlindungan...

KUALA LUMPUR - Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan tahun...

Tuntutan Negara Arab Tidak Realistik: Qatar

DOHA – Qatar berkata tuntutan negara Arab dalam krisis diplomatik Teluk agak mustahil dipenuhi, sebelum rundingan di Mesir antara Arab Saudi dan sekutunya yang memutuskan hubungan dengan Doha.

Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani memberitahu sidang media di sini, senarai syarat untuk memulihkan hubungan ‘tidak realistik dan tidak boleh dilakukan’.

“Ia bukan mengenai keganasan, ia mengenai menutup kebebasan bersuara,” katanya dalam sidang media bersama selepas rundingan dengan rakan sejawatannya dari Jerman, Sigmar Gabriel.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir, yang menuduh Qatar menyokong keganasan, memberi Doha tambahan 48 jam bagi memenuhi tuntutan mereka selepas tarikh akhir awal 10 hari yang tamat Ahad lalu.

Tuntutan termasuk meminta Doha menamatkan sokongan terhadap Ikhwanul Muslimin, menutup stesen Al-Jazeera, menurunkan hubungan diplomatik dengan Iran dan menutup pangkalan tentera Turki di negara itu.


Sheikh Mohammed menyerahkan maklum balas rasmi Isnin lalu kepada Kuwait, yang menjadi pengantara pertelingkahan berkenaan, namun kandungannya tidak didedahkan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi butiran lanjut semalam, namun berkata, Doha sedang mencari penyelesaian terhadap krisis selama sebulan itu menerusi dialog. – AFP/myMetro Online

Kategori