Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Berang Singapura Calonkan...

SINGAPURA pada Khamis mempertahankan tindakannya mencalonkan makanan jalanannya (street food) untuk pengiktirafan Pertubuhan...

Gaduh Akibat Cemburu Dipercayai...

KUANTAN - Cemburu dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan pelajar sebuah pusat tahfiz di...

Pemilik Restoran Dikesan Letak...

PETALING JAYA - Pemilik restoran dalam insiden rempuhan kenderaan pacuan empat roda yang...

2 Lelaki Didakwa Subahat,...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tunku Muhriz Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-255

KUALA LUMPUR – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 di Istana Negara.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyambut keberangkatan tiba Tuanku Muhriz bagi mempengerusikan mesyuarat itu.

Tuanku Muhriz kemudian berkenan menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Raja-raja Melayu yang berangkat hadir pada mesyuarat itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Perak Sultan Nazrin Shah; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, Pahang diwakili Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Sultan Ahmad Shah dan Johor diwakili Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.


Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri.

Dalam pada itu, Tuanku Muhriz turut berkenan menanam pokok merbau di pekarangan Istana Negara sebagai simbolik Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Simbolik penanaman pokok kebangsaan yang julung kali diadakan sempena mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah atas inisiatif Al-Sultan Abdullah yang dijadual berangkat menghadiri Mesyuarat Raja-Raja Ke-255 esok.

Pokok Merbau diisytihar sebagai pokok kebangsaan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 23 Ogos lalu.

Kategori